Photobucket

Monday, July 26, 2010

Jemputan Walimatul Urus


Assalamualaikum, saya dengan rasa syukur dan rendah diri atas limpah kurniaNya, menjemput sahabat-sahabat yang dikasihi ,saudara/saudari beserta keluarga ke majlis walimah saya dan adik saya yang akan diadakan seperti maklumat yang dinyatakan di atas...Jika tiada aral dan kesulitan, dengan sukacitanya dijemput hadir..





Wednesday, June 30, 2010

Dilema Dalam Membuktikan Kecintaan Kepada Allah dan Rasulullah

KECINTAAN

Di zaman yang serba canggih  ini manusia mula lalai malah ada yang tersasar tauhidnya sehingga tergolong didalam golongan musyrik.  Ada anak yang sanggup menuntut hak di mahkamah untuk mendapatkan hak pelepasan ibu  bapa supaya ia boleh menjadi kafir.  Ada berita yang memaparkan kisah pemuda Islam sanggup mengistiharkan dirinya kafir semata-mata tidak mahu ditangkap kerana tidak berpuasa, dan yang paling menyedihkan berita tentang sekumpulan orang yang sanggup mengisytihar diri mereka murtad kerana didakwa terlibat dengan ajaran sesat, banyak berita-berita yang dipaparkan oleh media massa di zaman ini. 
            Semua ini jika benar, tidak lain kerana keruntuhan tauhid yang sangat parah yang akibatnya menjadi satu tamparan hebat kepada ummat Islam.  Kecintaan adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan keruntuhan dalam urusan tauhid.  Kecintaan yang tidak berpedomankan Al-Quran dan Hadith akan menyebabkan kekeliruan malah ada tidak memahami tujuan hidup.  Fahaman-fahaman barat yang membiak sejak alam kanak-kanak, alam persekolahan sehingga alam dewasa yang disajikan dengan berbagai dunia kebaratan mula sedikit demi sedikit meracun tauhidnya.
            Banyak antara remaja zaman ini yang lebih mengenali jenama barat, ilmu barat, buku barat, sukan barat, teknologi barat, perayaan barat dan pelbagai lagi yang berunsur barat.  Jika ada yang menolak unsur-unsur barat ini mungkin orang yang mengaku dirinya Islam sendiri yang akan mengatakan kolot atau kuno.  Sikap pak turut ini telah menebal dalam diri ummat kini sehingga untuk menegakkan Islam di kalangan ummat Islam sendiri terpaksa dengan penilaian barat.  Rasulullah SAW telah menjelaskan sikap buruk [pak turut] sebagai peringatan kepada umat Islam agar berwaspada terhadap ancaman barat. 

Sabda Rasulullah SAW:

عَنْ اَبِيْ سَعِيْدِ الْخُدْرِىِّ قَالَ : قَالَ رسول الله : لَتَتَّبِعَنَّ سُنَنَ الَّذِيْنَ مَنْ قَبْلَكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوْا فِيْ حُجْرِ ضَبٍّ لَتَبَعْتُمُوْهُمْ. قُلْنَا : يَا رسول الله اّلْيَهُوْدَ وَالنَّصَارَى ؟ قَالَ : فَمَنْ

Ertinya:

“Sesungguhnya akan terdapat diantara kamu mereka yang akan mengikuti jejak orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak pun, kamu akan mengikutnya.  Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah! Yahudi dan Nasranikah?”  Baginda bersabda: “Siapa lagi kalau tidak mereka”.  [Hadith riwayat Al-Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Ahmad]

            Pesanan Rasulullah itu telah terbukti kebenarannya kepada kita hari ini, manusia berlumba-lumba mengejar duniawi, barat adalah ukuran kejayaan zaman ini.  Kejayaan barat yang menjadi kayu pengukur itu menyebabkan umat yang mengaku Islam, banyak yang lupa bahawa jalan yang dianjurkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah untuk mencapai kejayaan, adalah berbeza dari jalan yang dianjurkan oleh barat.  Banyak diantara mereka terkeliru dan tidak dapat lagi membezakan yang mana Islam dan yang mana barat.  Mungkin tidak ke gereja tetapi ke masjid pun tidak.

            Apabila kecintaan seseorang manusia menjadi keliru, hidupnya pun menjadi celaru dan kabur arah tujunya.  Ada masanya ia kelihatan seperti seorang Islam dan diketika lain pula ia menyerupai kafir.  Untuk memahami kecintaan yang sebenar hendaklah kita  mendalami pedoman yang benar iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.  Falsafah barat tidak dapat memberikan kita petunjuk jalan yang benar kerana mereka pun tidak benar, keliru malah memutar belitkan kebenaran.  Hanya Islam yang dapat menunjuk kita apa itu kecintaan sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

عَنْ اَنَسٍ : قَالَ رسول الله : ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَبِهِنَّ حَلاوَةَ الاِيْمَان اَنْ يَكُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَاَنْ يُحِبَّ الْمَرْأ لايُحِبُّهُ اِلاَّ لِلَّه وَاَنْ يَكْرَهَ اَنْ يَعُوْدَ اِلَى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ اِذْ اَنْقَذَفَ فِيْ النَّارِ
Ertinya:
 
“Tiga hal yang barang siapa didalam dirinya terdapat tiga hal ini, dia pasti menemukan manisnya Iman: (1) Kalau Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selainnya, (2) Kalau dia mencintai seseorang, tidaklah dicintainya melainkan kerana Allah, (3) Dan kalau dia benci kembali kepada kekufuran seperti kebenciannya jika dicampakkan ke dalam api”.  [Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Hadith dari Ibnu Abbas menyatakan:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : مَنْ اَحَبَّ فِيْ الله وَاَبْغَضَ فِيْ الله وَوَالَى فِيْ الله وَعَادَى فِيْ الله فَاِنَّمَا تُنَالُ وِلايَةُ اللهِ بِذَلِكَ – وَلَنْ يَجِدَ عَبْدٌ طَعْمَ الاِيْمَانِ وَاِنْ كَثُرَتْ صَلاتُهُ وَصَوْمُهُ حَتَّى يَكُوْنَ كَذَلِكَ

Ertinya:

“Barangsiapa cinta kerana Allah, benci kerana Allah, berkawan kerana Allah dan memusuhi kerana Allah, maka perwalian [kasih sayang] Allah pasti diperoleh dengan demikian itu.  Dan seorang hamba tidak akan menemukan rasa Iman sekalipun banyak salat dan puasanya sehingga dia berperilaku seperti itu”. 
[Hadith riwayat Ibnu Jarir][Dari kitab Ma’a ‘Aqiedatus Salaf Kitabut Tauhid].

            Kecintaan atau Hubb mempunyai beberapa tingkatan yang dilalui oleh seorang insan iaitu:

1)      Di awali dengan perhubungan, iaitu perhubungan hati dengan apa yang di cintai itu,
2)      Kemudian di ikuti oleh curahan hati atau perasaannya kepada yang di cintai,
3)      Lalu lahirlah rasa pengorbanan kerana perasaan cinta yang mendalam di hatinya,
4)      Lahirlah rasa rindu,
5)      Yang terakhir ialah lahirlah satu bentuk perhambaan diri pada yang dicintai.  Perasaan yang dijelaskan di atas adalah perasaan yang sepatutnya dimiliki oleh kita dalam mencintai Allah.  Apabila perasaan itu kita letakkan kepada selain Nya maka kita akan kecewa kerana selain Allah semuanya di alam ini adalah baharu dan sementara dan bersifat dengan kelemahannya yang tersendiri.  Allah telah menjelaskan kepada kita tentang kecintaan ini dengan firmanNya:

قُلْ اِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَاَبْنَاؤُكُمْ وَاِخْوَانُكُمْ وَاَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيْرَتُكُمْ وَاَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوْهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا اَحَبَّ اِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَجِهَادٍ فِيْ سَبِيْلِهِ فَتَرَبَّصُوْا حَتَّى يَأتِيَ اللهُ بِاَمْرِهِ

Maksudnya [L.K.B]:

“Katakanlah! Jika ayah-ayahmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu,harta kekayaanmu yang kamu perolehnya, perniagaan yang kamu khuatirkan merugikan serta rumah-rumah tempat tinggal yang kamu senangi itu lebih kamu cintai daripada cintamu kepada Allah dan Rasul serta berjuang di jalan Allah, maka nantikanlah sehingga Allah akan mendatangkan keputusan-Nya”.  [Q.S At-Taubah:24]
           
Janganlah kita salah dalam meletakkan kecintaan kita kerana akibatnya kita akan kehilangan tauhid yang membawa erti terkeluar dari Islam.  Kita akan bincangkan beberapa perkara tentang kecintaan  satu persatu mengikut Al-Quran dan Assunnah.



CINTA KEPADA IBU BAPA


            Banyak bijakpandai yang mendidik anak muda kini tentang taat, kasih,hormat dan lain-lain yang boleh kita istilahkan sebagai kecintaan kepada ibubapa.  Tetapi jarang sekali mereka menjelaskan batas-batas kecintaan tersebut, akibatnya banyaklah remaja masa kini yang berasa terbeban dengan keadaan tersebut.  Sebagai contoh seorang remaja lelaki ingin berkahwin dengan pilihannya seorang gadis yang soleh, patuh kepada Allah dan berakhlak mulia.  Tetapi ibubapanya tidak bersetuju kerana bukan sebangsa dengannya, keluarganya lebih mementingkan keturunan dari Islam.  Lalu anaknya menjadi keliru dan serba salah manakah yang perlu di ikuti.  Ketaatan, kecintaan dan pengorbanan yang di didik semenjak dari kecil menyebabkan pemuda ini terbelit dengan masalah membuat keputusan.  Apa yang perlu di buat ialah pemuda ini hendaklah kembali kepada pedoman yang sebenar iaitu Al-Quran dan Hadith.

            Perlulah di ingatkan bahawa perkahwinan itu adalah Sunnah Rasulullah SAW dan perlaksanaannya mestilah menurut contoh yang di Sunnahkannya.  Sabda Rasulullah SAW:

عَنْ اَنَسِ ابْنِ مَالِكٍ اَنَّ النَّبِيَّ حَمِدَ اللهَ وَاَثْنَى عَلَيْهِ وَقَالَ : لَكِنِّيْ اَنَا اُصَلِّيْ واَنَامُ وَاَصُوْمُ وَاُفْطِرُ وَاَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِيْ فَلَيْسَ مِنِّيْ

Ertinya:

“….. tetapi aku salat dan aku tidur dan aku puasa dan aku berbuka dan aku berkahwin perempuan-perempuan,  maka barang siapa tidak suka cara ku dia bukan dari golongan ku”.  [Muttafaq’ Alaihi]

            Bila kita hendak berkahwin, pilihan kita adalah menurut apa yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya:

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ قَالَ : تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لاَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Ertinya:
“Orang berkahwin kepada perempuan kerana empat perkara:

1)      Hartanya
2)      Keturunannya
3)      Kecantikkannya
4)      Agamanya

Oleh itu pilihlah perempuan yang mempunyai Agama, [jika tidak] binasalah dua tangan mu”.  [Muttafaq’ Alaihi]

            Maka tidak payah keliru lagi, ketaatan dan kecintaan kepada Allah dan Rasul itulah yang kita dahului.  Islam adalah agama yang memberi kemudahan kepada umatnya, tidak perlulah kita merasa sukar, takut, gusar dalam mencari keredhaan Allah.  Pilihlah perempuan yang soleh, berakhlak mulia iaitu perempuan yang beragama sebagai calon isteri.  Hanya Allah yang berkuasa keatas kita, sumpah, ugutan dan di pulau oleh keluarga, sahabat handai tidak akan berkesan melainkan dengan izin Allah.  Mohonlah perlindungan Yang Maha Agung moga kita selamat di dunia dan akhirat.  Bersifatlah dengan sifat yang lembut kepada kedua orang tua dan tolaklah perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat dari keduanya dengan lembut dan bijaksana.
            Cintailah Allah dan Rasul lebih dari mencintai kedua ibu bapa kita, sesungguhnya itulah jalan yang ditunjukkan oleh Islam kepada kita.

Sabda Rasulullah SAW:

عَنْ اَنَسٍ اَنَّ رسول الله قَالَ : لا يُؤْمِنُ اَحَدُكُمْ حَتَّى اَكُوْنَ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ اَجْمَعِيْنَ

Dari Anas mengatakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak beriman sebelum aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya dan manusia seluruhnya”.  [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]

Sekarang ini banyak berlaku ibu bapa yang tersasar keagamaannya ke jalan yang meragukan.  Mereka mementingkan kebendaan yang di anggap satu keutamaan hidup untuk masa depan.  Bagi golongan ini akademik adalah satu jaminan untuk kejayaan di dalam kerjaya dan agama pula, ‘janganlah dilupa langsung’.  Maksud ‘jangan dilupa langsung itu adalah, kalau tidak sembahyang lima waktu sembahyanglah Jumaat seminggu sekali.  Dan belajar baca Al-Quran, sekurang-kurangnya tahu baca Yassin bila ada kematian.  Ini adalah kenyataan di zaman kemajuan yang sedang kita harungi, ibubapa tidak mementingkan ibadah sembahyang lagi kerana mereka pun tidak sembahyang.
Jika anaknya pula sembahyang cukup 5 waktu, warak dan banyak bercakap hal Islam, menegur cara kehidupan lalai mereka, anak itu pula di anggap terpesong atau sesat.  Ibubapa seperti ini di dalam Islam tidak wajib ditaati malah dilarang sama sekali menuruti cara hidup atau pandangan mereka yang telah terpesong itu. 

Firman Allah:

فَلْيَحْذَرِ الَّذِيْنَ يُخَالِفُوْنَ عَنْ اَمْرِهِ اَنْ تُصِيْبَهُمْ فِتْنَةٌ اَوْ يُصِيْبَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ

Maksudnya [L.K.B]:

“Maka awaslah orang-orang yang menyalahi perintahNya bahawa mereka akan ditimpa fitnah atau ditimpa siksa yang pedih”. [Q.S. An-Nur, 24:63]

Janganlah disalahkan anak jika anak ingkar perintahnya tetapi tanyalah diri sendiri adakah perintahku ini betul menurut syariat. Sekadar elok atau baik bukanlah alasan untuk anak mengikuti perintah ibubapa kerana Islam bukan agama berbuat yang baik dan tinggalkan yang jahat tetapi agama yang menyeru ummatnya membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah oleh Allah dan RasulNya. Firman Allah :

وَمَا ءَاتَاكُمُ الرَّسُوْلُ فَخُذُوْهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوْا وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِ

Maksudnya [L.K.B]:

“Apa yang didatangkan [dibawa] oleh Rasul hendaklah kamu ambil dia, dan apa yang di larangnya hendaklah kamu tinggalkan.  Dan bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah amat bersangatan azabNya”.  [Q.S Al-Hasyar, 59:7]

            Tidak dinamakan makruf tanpa suruhan dan tidak dinamakan mungkar tanpa tegahan.  Semuanya hendaklah menurut syariat Allah. 
Firman Allah:

ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيْعَةٍ مِنَ الأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلا تَتَّبِعْ اَهْوَاءَ الَّذِيْنَ لا يَعْلَمُوْنَ

Maksudnya [L.K.B.] :

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas sesuatu syariat [Al-Quran dan As-sunnah dari urusan [agama] itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu  ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.  [Q.S. Al-Jaatsiyah, 45:18]

            Bagi ibubapa belajarlah memahami Islam dengan sebenarnya, iaitu menurut Al-Quran dan As-Sunnah.  Didiklah diri kita dan anak-anak kita supaya patuh pada satu pedoman sahaja iaitu syariat Allah.  Maka ada satu hukum sahaja di dalam keluarga kita yang patut dan wajib diikuti iaitu hukum Allah.  Apa-apa yang ditegah oleh-Nya itulah yang menjadi tegahan kita sekeluarga., dan apa–apa yang menjadi suruhan-Nyalah yang menjadi amalan keluarga kita.  Semuanya harus tunduk pada ketentuan dan perintah Allah.  DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali dan apabila kita kembali, kembalilah dengan kegembiraan dan kejayaan perjuangan amalan soleh kita di dunia.
           
            Jangan kita adakan pelbagai peraturan, disiplin dan pelbagai falsafah hidup yang tidak berlandaskan syariat kerana ia mungkin menyebabkan anak-anak kita keliru atau terbeban dalam kehidupannya.  Syariat Allah ini pun sudah cukup banyak untuk kita amalkan malah sememangnya tidak terdaya untuk diamalkan kesemuanya, sehingga Rasulullah SAW menyerukan kepada kita beramallah sekadar mana yang upaya.  Sabda Rasulullah SAW:

عَنْ عِمْرَانَ ابْنِ حُصَيْنٍ قَالَ : كَانَتْ بِيْ بَوَاسِيْرُ فَسَاَلْتُ النَّبِيَّ عَنِ الصَّلاةِ فَقَالَ : صَلِّ قَائِمًا فَاِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَاِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ

Ertinya:

“”Daripada Imran bin Hushain dia berkata : Adalah aku mempunyai buasir maka kutanyakan pada Nabi s.a.w. dari hal solat maka beliau bersabda :Bersalatlah dengan berdiri, jika tidak mampu, maka duduklah, jika tidak mampu juga, dengan berbaringlah”.  [Hadith Riwayat Al-Bukhari]

Dari Jabir bin Abdullah ia berkata adalah Rasulullah s.a.w. bersabda:

فَاِنَّ خَيْرَ الْحَدِيْثِ كِتَابُ اللهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الاُمُوْرِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٌ
Erti :
Maka sebaik-baik perkataan ialah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik pimpinan ialah pimpinan Muhammad dan sejahat-jahat urusan ialah yang diada-adakan dan setiap bid’ah (yang diada-adakan) itu adalah sesat. [Hadith riwayat Muslim]

Marilah kita mencari jalan benar yang terpimpin menurut syariat dan menjauhkan jalan yang berliku-liku menurut hawa nafsu, akal yang tersasar dan kewajaran yang hanya kita cipta sendiri ( bukan menurut syariat ). Firman Allah:

يَاَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لا يَجْزِى وَالِدٌ عَنْ وَلَدِهِ وَلا مَوْلُوْدٌ هُوَ جَازٍ عَنْ وَالِدِهِ شَيْئًا

Yang bermaksud [L.K.B]:

“Hai manusia, takutlah pada Tuhan kamu dan hendaklah kamu takut kepada satu hari [akhirat] yang[didalamnya] tidak boleh seorang bapa melepaskan [sesuatu apapun] dari anaknya dan tidak pula anaknya boleh melepaskan sesuatu apapun dari ayahnya”.  [Q.S Luqman 31:33]

Yang fardu itu wajiblah kepada kita, yang sunat itu kita ikhlaskan, yang haram itu kita tinggalkan.

Wednesday, April 28, 2010

Forum Muslimah, Wanita Ahli Syurga, Akhlak Mulia, Keluarga Sejahtera Sabtu ini

Semua muslimah dijemput hadir beramai-ramai ke majlis ilmu ni..segalanya percuma.Sila sebarkan!sila klik gambar untuk pembesaran dan maklumat lanjut.

Friday, March 12, 2010

AL-FIRQATUN NAJIYAH GOLONGAN YANG SELAMAT


AL-FIRQATUN NAJIYAH
GOLONGAN YANG SELAMAT


Setelah zaman kegemilangan Islam iaitu selepas wafatnya Rasulullah saw. telah muncul berbagai-bagai kelompok atau golongan yang sesat seperti golongan yang dikenali sebagai ahli ahwa’, tariqat atau sufi/tasawuf dan ahli ilmu Kalam yang dari pecahan mereka lahir berbagai-bagai nama seperti Qadariyah, Al-Asy’ariyah, Muktazilah dan berbagai nama lainnya, di mana dari pecahan ini lahirlah berbagai golongan yang ada di antaranya sampai ke tahap terpesong manhajnya dari Al Sunnah wal Jamaah.  Kadar penyelewengan mereka ini ada yang sedikit dan ada yang yang sampai terkeluar dari aqidah ahli Sunnah, iaitu sampai ke tahap kufur. Dan golongan yang terpesong inilah yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. sebagai yang paling ramai di kalangan manusia yang mengaku beragama Islam. Sabda Rasulullah saw.:

اَلاَ وَاِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ اَهْلِ الْكِتَابِ افْتَرَقُوْا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً وَاِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ، ثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ
“Ketahuilah, sesungguhnya umat-umat sebelum kamu dari kalangan ahli kitab telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan sesungguhnya agama kita ini (Islam) akan berpecah-belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, yang tujuh puluh dua golongan akan masuk neraka dan yang satu golongan, iaitu Al-Jamaah akan masuk syurga.” Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad dan lainnya. Hadits hasan.

Dan di riwayat lainnya Rasulullah saw. bersabda :

كُلُّهُمْ فِي النَّارِ اِلاَّ مِلَّةً وَاحِدَةً، مَا اَنَا عَلَيْهِ وَاَصْحَابِيْ
“Semua masuk neraka, kecuali satu (iaitu golongan) yang sehaluan dengan aku beserta para sahabatku.” H.R. At-Tirmidzi. Al-Albani menilai hadits ini sebagai hasan-SAHIH AL-JAMI’ : 5219.

Maka inilah satu-satunya golongan yang selamat iaitu golongan ahli Sunnah wal Jamaah iaitu yang berpegang dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah saw. dan apa yang beliau dan para sahabatnya berada di atasnya.

Golongan yang selamat ini juga dikenali sebagai FIRQAH NAJIYAH الفرقة الناجية  dan dikenali juga dengan nama THAIFAH MANSHURAH  الطائفة المنصورة dan ada yang mengenalinya sebagai AS-SALAFIYYUN. Maka semua itu adalah dari golongan yang satu yang sama manhajnya iaitu Al-Sunnah wal-Jamaah. Di zaman yang kita lihat berlaku  sekian banyak kehancuran di kalangan umat Islam dalam menjaga keislaman pada diri mereka, termasuk di dalam golongan yang sesat dan dimurkai Allah, namun masih ada segolongan yang masih tetap benar dan berusaha untuk tetap tegak di atas kebenaran dengan berani dan penuh keyakinan. Sabda Rasulullah saw.:

لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ اُمَّتِيْ ظَاهِرِيْنَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ اَمْرُ اللهِ وَهُمْ ظَاهِرُوْنَ
“Senantiasa ada segolongan dari umatku yang tetap tegak di atas kebenaran hingga datang perkara (pertolongan) Allah dan mereka dalam keadaan seperti itu.”
Muttafaq 'Alaih

Golongan inilah yang sepatutnya kita berusaha untuk melayakkan diri kita supaya berada di dalamnya agar terpimpin di jalan yang benar. Moga Allah menunjukkan kita jalan yang benar iaitu jalan yang diredhaiNya. Maka untuk melayakkan kita di dalam kumpulan yang najiyah ini hendaklah kita tetap, yakin, berusaha dan menepati jalan yang telah disunnahkan oleh Rasulullah saw. Jangan kita merasa gentar dan berputus asa dalam menegakkan kebenaran dan janganlah kita merasa takut pada hinaan dan cacian orang yang menentang As-Sunnah kerana sesungguhnya sabda Rasulullah saw.:

وَلَنْ تَزَالَ طَائِفَةٌ مِنْ اُمَّتِيْ مَنْصُوْرِيْنَ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى تَقُوْمَ السَّاعَةُ
“Senantiasa ada segolongan dari umatku yang tertolong di atas kebenaran yang tidak membahayakan orang yang menghinanya hingga datang hari Kiamat.” H.R. Ahmad, At –Tirmidzi, Ibnu Majah dan lain lainnya.

Maka segala macam tentangan, cabaran yang kita tempuhi itu adalah ujian Allah, di mana Rasulullah saw., para sahabat dan tabiin serta sekian banyak para ulama telah menerima dan menempuhinya dan tidaklah menjadi satu keganjilan bagi kita di masa ini menerima berbagai-bagai tentangan. Hendaklah kita bertindak menurut syariat dan menyampaikan As-Sunnah itu dengan bijaksana supaya dapat diterima oleh orang yang belum memahaminya. Firman Allah :

اُدْعُ اِلَى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِى هِيَ اَحْسَنُ
“Hendaklah kamu mengajak ke jalan Tuhan kamu dengan hikmah dan peringatan yang baik serta berbalahlah dengan mereka dengan cara yang sebaiknya.”
Q.S. An-Nahl ayat 125 [16:125]

Demikianlah panduan yang diberikan oleh Allah dalam kita mengajak dan menghadapi golongan yang sememangnya tidak memahami atau yang sengaja menentang As-Sunnah, jangan sekali-kali kita memaksa diri kita untuk berbantah-bantah (berdebat) sehingga akhirnya kita sendiri mengambil akal sebagai hujjah dan meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah yang sepatutnya kita jadikan panduan dan dalil penyampaian kita. Jalan yang terbaik ialah kita cuba mengelakkan dari berbantah (perdebatan) tetapi cuba menyampaikan kebenaran sebijak yang mungkin, dan apabila berlaku juga bantahan dan penolakkan di atas penyampaian kita, maka jika berhujah, berhujahlah dengan jalan yang bijak iaitu berdasarkan Al-Quran dan hadits Rasulullah saw. Tetapi apabila hujah kita mungkin akan menyebabkan bertambah buruk suasananya, lebih baiklah kita berdiam dan berlalu dari suasana yang demikian. Sabda Rasulullah saw. :

اِنَّ اَبْغَضَ الرِّجَالِ اِلَى اللهِ الأَلَدُّ الْخِصَامُ
“Orang yang paling dimurkai Allah adalah (al-aladul al-khisham) pendebat yang paling keras.” H.R. Al-Bukhari, Kitab At-Tafsir dan Muslim dalam Kitab Al-Ilm.

Imam An-Nawawi berkata : “Al-Aladd adalah pendebat yang paling keras, diambil dari lafaz al-aladul al-khisham yang bererti dua lereng lembah, sebab pendebat ketika kalah berhujjah mencari alasan lain. Al-Khashim adalah orang yang sangat pandai bermain kata. Perdebatan tercela, bila untuk suatu kebatilan dan mengenepikan kebenaran.”
-Syarah Sahih Muslim-

Iaitu kita menjaga penyampaian kita sebagai orang yang bermanhajkan As-Sunnah supaya penyampaian kita tidak sampai menjadi satu perbahasan yang lebih kepada keinginan untuk menang sehingga kita beralasankan kata-kata yang lahir dari akal fikiran dan membelakangkan Al-Quran dan As-Sunnah. Maka kebijaksanaan di dalam menyampai, mendidik anak-anak, ahli keluarga dan masyarakat adalah penting dan Islam menggalakan kita menyampaikan kebenaran termasuk kepada orang-orang kafir dan ahli kitab. Firman Allah :

وَلاَ تُجَادِلُوْا اَهْلَ الْكِتَابِ اِلاَّ بِالّتِى هِيَ اَحْسَنُ
“Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang paling baik.” Q.S. Al-Ankabut ayat 46 [29:46]

Iaitu diperjelaskan tentang debat yang terpuji iaitu debat untuk membela kebenaran, sebagaimana debat Ali dan Ibnu Abbas dengan Khawarij, debat Imam Asy-Syafie dengan Hafsh Al-Fard seorang dari pengikut Ahli Ilmu Kalam di mana debat itu atas menegakkan kebenaran berdasarkan naqal (keterangan syara') bukan lahir dari akal semata.

Maka berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah itu adalah pegangan firqah Najiyah yang tetap kukuh dan dipertahankan sehingga ia mati di dalam suasana yang demikian. Tidaklah ia kasih, marah, melarang dan benci melainkan kerana Allah, demikianlah dijelaskan oleh Rasulullah saw. melalui sabdanya :

مَنْ اَحَبَّ للهِ وَاَبْغَضَ للهِ وَاَعْطَى للهِ وَمَنَعَ للهِ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ الاِيْمَان
“Siapa yang kasih kerana Allah, marah kerana Allah, memberi kerana Allah, melarang kerana Allah, maka ia sesungguhnya telah menyempurnakan keimanannya.”
Hadits Hasan Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad.

Adalah sangat penting bagi kita yang telah memahami As-Sunnah untuk tetap kukuh bersama jemaah, saling berjumpa dan belajar mendalami ilmu As-Sunnah supaya kita beramal di atas jalan yang benar dan adalah dilarang kita berpecah/meninggalkan  ikatan jemaah. Janganlah kerana urusan yang tidak ada padanya sebarang sebab yang layak dibuat alasan seperti malas, jemu, mementingkan hobi dan lain-lain sebab yang tidak sepatutnya dijadikan alasan, kita tinggalkan aktiviti jemaah yang mungkin hanya seminggu sekali sehingga lama-kelamaan menjadi satu kelaziman untuk bertindak mudah meninggalkan jemaah baik dalam majlis ilmu atau aktiviti-aktiviti lainnya. Akhirnya kita bimbang orang tersebut terus keluar dari jemaah dan terus leka dengan kehidupan dunianya. Ia membenci bid’ah, tetapi dalam masa yang sama ia tinggalkan as-Sunnah. Kejadian yang begini banyak sekali terjadi, dan wajib kita menjauhi perbuatan berpecah dari jemaah kerana sabda Rasulullah saw.:

مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَاِنَّهُ يَمُوْتُ مَيْتَةَ جَاهِلِيَّةَ
“Sesiapa yang berpisah meninggalkan jemaah sesungguhnya ia mati dalam keadaan jahiliah.” Hadits Shahih Riwayat Muslim dan Ahmad.

Sabdanya lagi:

مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ شِبْرًا فَقَدَ خَلَعَ رِبْقَةَ الاِسْلاَمِ مِنْ عُنُقِهِ
Barangsiapa yang memisahkan diri dengan jamaah sejengkal maka sesungguhnya ia telah mencabut ikatan Islam dari tengkoknya.   Riwayat Ahmad dan Abu Daud dengan darjat shahih. Hadits ini shahih dengan syahid-syahidnya. 

Kehidupan bagi seorang yang bermanhajkan As-Sunnah ini lazimnya adalah sunyi dari sahabat yang ramai, terkadang dipulau orang dan diberikan dengan berbagai-bagai gelaran juga fitnah. Hendaklah kita hadapi ujian itu dengan sabar dan penuh keyakinan terhadap pertolongan Allah. Jauhilah dari rasa sedih tetapi berusahalah untuk terus bangun dengan memperbanyakkan ahli jemaah supaya kita dapat bersama memperjuangkan As-Sunnah dan ingatlah pesanan Rasulullah saw.:

اِنَّ الاِسْلاَمَ بَدَأَ غَرِيْبًا وَسَيَعُوْدُ غَرِيْبًا كَمَا بَدَأَ فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاءِ
“Sesungguhnya Islam itu pada awal kemunculannya terasing dan akan kembali menjadi terasing seperti pada awalnya. Maka keuntungan besarlah bagi orang-orang yang terasing.”                 Hadits Shahih Muslim.

Dalam riwayat lainnya disebut :

فَطُوْبَى لِلْغُرَبَاءِ، الَّذِيْنَ يَصْلُحُوْنَ اِذَا فَسَدَ النَّاسُ
“Dan keuntungan besarlah bagi orang-orang yang terasing, iaitu orang-orang yang tetap berbuat baik di tengah-tengah rosaknya kehidupan masyarakat.” Al-Albani berkata : ‘Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Amru Ad-Dani dengan sanad sahih.’

Golongan yang selamat tidak mendahulukan perkataan seseorang atas firman Allah dan sabda Rasul-Nya. Ini dijelaskan oleh Allah dari firman-Nya :

يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا لاَ تُقَدِّمُوْا بَيْنَ يَدَىِ اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ سَمِيْعٌ عَلِيْمٌ
“Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-Nya, dan bertaqwalah kalian kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Q.S. Al-Hujurat ayat 1 [49:1]

Dan Ibnu Abbas berkata :

اَرَاهُمْ سَيُهْلِكُوْنَ، اَقُوْلُ " قَالَ النَّبِيُّ ص " وَيَقُوْلُوْنَ " قَالَ اَبُوْ بَكْرٍ وَعُمَرُ "
“Aku kira mereka akan binasa. Aku berkata : Nabi saw. telah bersabda, namun mereka mengatakan, Abu Bakar dan Umar berkata.” Riwayat Ahmad dan lainnya. Ahmad Syakir menilaikannya shahih.

Golongan yang selamat atau Najiyah adalah golongan yang menjaga kemurnian tauhidnya. Mereka mentauhidkan Allah di dalam beribadah, berdoa atau memohon pertolongan hanya pada Allah baik di dalam suasana sulit mahupun lapang,  menyembelih haiwan hanya kerana Allah, bernazar, bertawakal, hanyalah penggantungan, pengharapan dan kepercayaan itu pada Allah semata, tidak pada selainNya . Mereka menjaga diri mereka dari syirik kerana ini adalah lawan yang nyata bagi tauhid.

Golongan najiyah adalah golongan yang suka menghidupkan sunnah-sunah Rasulullah saw. di dalam beribadah, dalam berperilaku dan dalam segala urusan kehidupan yang ada padanya anjuran sunnah untuk diikuti. Dan inilah yang lazimnya akan menyebabkan golongan Najiyah dipandang ganjil, asing di tengah-tengah masyarakatnya.

Sesungguhnya kehancuran dunia dan rosaknya peradaban manusia adalah antara bencana-bencana yang menimpa manusia pada umumnya disebabkan manusia meninggalkan Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Ini telah dijelaskan oleh Rasulullah saw sebagaimana tersebut dalam sebuah hadits shahih riwayat Bukhari yang dipetik dalam Kitabul Fitan (Kitab Fitnah-Fitnah):

اِصْبِرُوْا فَاِنَّهُ لاَ يَأْتِيْ عَلَيْكُمْ زَمَانٌ اِلاَّ وَالَّذِيْ بَعْدَهُ اَشَرُّ مِنْهُ حَتَّى تَلْقَوْا رَبَّكُمْ
Bersabarlah kamu sekalian kerana sesungguhnya tidak akan datang kepada kamu (suatu) zaman melainkan zaman yang selepasnya adalah lebih buruk dari zaman itu sehinggalah engkau bertemu Tuhanmu.

Sesungguhnya, tidak ada kejayaan bagi kaum muslimin kecuali bila mereka kembali kepada peraturan-peraturan yang telah diwahyukan Allah. Umat Islam perlu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah baik dalam agama, urusan peribadi, bermasyarakat mahupun urusan bernegara. Firman Allah :

اِنَّ اللهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوْا مَا بِاَنْفُسِهِمْ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka sendiri  yang mengubah keadaan yang ada pada diri mereka” Q.S. Ar-Ra’d ayat 11 [13:11]





Monday, February 22, 2010


KITA biasa dengan ungkapan yang berbunyi, "syurga di bawah tapak kaki ibu". Tetapi benarkah syurga isteri pula di bawah tapak kaki suami? Adakah ungkapan ini disokong oleh mana-mana hadis?
Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya.
Adapun janji syurga di bawah telapak kaki suami belum saya temui, namun cukuplah menjadi seorang isteri itu ahli syurga dengan mentaati suaminya, yang demikian cukup banyak ayat al-Quran dan hadis baginda.
 
Sifat-sifat isteri yang dijanjikan syurga.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa': 34)
Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa'di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman: Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya. (Taisir, hal. 177)

Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud: Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), 'abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami' no. 660, 661)


Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:

1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.

2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.

3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.

4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.

5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.

Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya. Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:

1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalam Isyratun Nisa no. 257.)

2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.

3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.

Asma' bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: "Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?" Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)".

Baginda bersabda bermaksud: "Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya". (riwayat Ahmad 6/456)
4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.

5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta' (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.

6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.

7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)

Friday, January 29, 2010

Larangan Mengikut Hawa Nafsu Orang Kafir

اقتضاء الصراط المستقيم مخالفة أصحاب الجحيم
IQHTIDHA’ AS-SIRATH AL MUSTAQIM MUKHALAFAH ASHAB AL JAHIM
Karya Ahmad bin Taimiyyah al Harani



Saya tertarik dengan sebuah kitab yang ditulis oleh Ahmad bin Taimiyyah untuk menjadi sumber rujukan saya dalam meneruskan perkongsian ilmu pada kali ini. Ini kerana ketajaman hujahnya yang beralasankan Al-Quran dan Hadits dalam penyampaiannya. Maka sebelum saya memulakan perkongsian ilmu ini, ingin saya berpesan: Sekiranya apa-apa yang saya sampaikan menyalahi Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw maka tegurlah saya mudah-mudahan kita sama-sama memperoleh manfaat daripada perkongsian ilmu ini..


Kita mulakan dengan bab ‘Larangan Mengikut Hawa Nafsu Orang Kafir’.
Berkata Ahmad bin Taimiyyah: “Jalan yang paling baik untuk ditempuh oleh kaum Muslim dalam hal ini (larangan mengikut hawa nafsu orang kafir) adalah bertekad bersungguh-sungguh untuk tidak mengikuti mereka (orang kafir) dalam apa hal pun. Mengikuti sedikit saja dari keinginan mereka akan membuka jalan untuk mereka lebih jauh lagi. Kata-kata ini tidaklah dilafazkan menurut pandangan akal tetapi beralasan dari Surah Ar-Ra’d ayat 36-37 [13:36-37]:

وَالَّذِيْنَ أَتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَفْرَحُوْنَ بِمَا اُنْزِلَ اِلَيْكَ وَمِنَ الأَحْزَابِ مَنْ يُنْكِرُ بَعْضَهُ قُلْ اِنَّمَا اُمِرْتُ اَنْ اَعْبُدَ اللهَ وَلاَ اُشْرِكَ بِهِ اِلَيْهِ اَدْعُوْا وَاِلَيْهِ مَآبِ * وَكَذَلِكَ اَنْزَلْنَاهُ حُكْمًا عَرَبِيًّا وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ اَهْوَآءَهُمْ بَعْدَ مَا جَآءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللهِ مِنْ وَلِىٍّ وَلاَ وَاقٍ
Bermaksud:
Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepada mereka bergembira dengan kitab yang diturunkan kepadamu dan di antara golongan-golongan (Yahudi dan Nasrani) yang bersekutu, ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah “Sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan Dia. Hanya kepada-Nya aku seru (manusia) dan hanya kepada-Nya aku kembali”. Dan demikianlah, Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai peraturan dalam bahasa Arab. Dan seandainya kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu maka sekali-kali tidak ada perlindungan dan pemelihara bagimu terhadap (siksa) Allah.

Dalam ayat tersebut di atas, dhamir (kata ganti) bagi kalimat “ahwa ahum” bermaksud “hawa nafsu mereka”. Maka siapakah yang dimaksudkan dengan ‘mereka’ ini? ‘Mereka’ ini iaitulah golongan yang mengingkari sebahagian dari yang diturunkan kepada Rasulullah saw. Berkata Ahmad bin Taimiyyah: “Dengan itu sesiapa pun yang mengingkari sebahagian dari Al-Quran baik orang Yahudi dan Nasrani maupun selain dari mereka termasuk dalam golongan ini sehingga harus dijauhi dan berwaspada untuk diikuti. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 145 [2:145]:

وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ اَهْوَآءَهُمْ مِنْ بَعْدِ مَا جَآءَكَ مِنَ الْعِلْمِ اِنَّكَ اِذًا لَمِنَ الظَّالِمِيْنَ
Bermaksud:
Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan yang zalim.

Hadirin yang dirahmati Allah,
Marilah kita merenung diri kita, anak-anak kita, adik-adik kita seterusnya masyarakat kita di atas perkara mengikut hawa nafsu orang kafir ini. Ada cerdik pandai mengatakan tidak ada halangan bagi kita mengikut orang kafir atas urusan dunia. Maka dari itu kita dapati sekian banyak anak muda yang mengambil fahaman ini sebagai pedoman hidup. Jika ditinjau dari sudut sejarah, kita telah dijajah selama lebih kurang 400 tahun oleh barat yang berfaham nasrani dan bertitik-tolak dari itu, masyarakat Melayu telah terdedah kepada cara hidup dan pemikiran barat – telah terbuka beberapa ruang kepada orang-orang Melayu tentang kehidupan dan ideologi barat. Satu contoh yang amat jelas iaitulah sambutan hari jadi atau ‘happy birthday’ dalam bahasa Inggeris atau lebih tepat lagi kita ertikan dengan hari lahir. Mungkin bagi sesetengah daripada kita menganggap ia sebagai satu perkara kecil atau remeh atau sekadar satu sambutan budaya tapi ingatlah…. daripada satu perlakuan yang dianggap kecil dan remeh inilah yang kemudiannya telah membuka ruang yang lebih luas kepada kerosakan agama kita sehingga terjadinya sambutan ‘maulidur rasul’ ataupun ‘birthday Muhammad’. Bermula dengan urusan dunia yang kemudiannya telah mencakup urusan agama kemudian telah disambut sebagai satu sambutan agama. Maka bermula daripada yang kecil kemudiannya ia menjadi satu bid’ah sehingga tercampaklah kita ke lembah kesesatan. Bersabda Rasulullah:

فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِيْ النَّارِ
Bermaksud:
Maka setiap perkara baru itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat dan setiap kesesatan itu tempatnya dalam neraka
Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah

Firman Allah dalam surah Az-Zariyat ayat 56 [51:56]:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالاِنْسَ اِلاَّ لِيَعْبُدُوْنِ
Bermaksud:
Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka tunduk dan patuh padaKu

Sesungguhnya segala yang kita lakukan dalam kehidupan kita adalah kerana Allah - keduniaan dan akhirat kita adalah kerana Allah, mencari redhaNya. Tidak terdapat dalam syariat Islam bahawa dunia itu boleh ditempuh/dilalui begitu saja dengan mengabaikan syariat Allah. Satu peringatan dan ancaman Allah sebagaimana tersebut dalam surah An-Nur ayat 63 [24:63]:

فَلْيَحْذَرِ الَّذِيْنَ يُخَالِفُوْنَ عَنْ اَمْرِهِ اَنْ تُصِيْبَهُمْ فِتْنَةٌ اَوْ يُصِيْبَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ
Bermaksud:
Maka awaslah terhadap orang-orang yang menyalahi perintahNya bahawa mereka akan ditimpa fitnah atau siksa yang pedih

Sekian banyak ilmu yang asalnya dari tamadun Islam telah dirosakkan dengan pemikiran dan hawa nafsu orang-orang yang kafir seperti yahudi dan nasrani. Dengan bersandarkan akal fikiran dan pengkajian dari sudut sains, mereka mendakwa alam ini adalah semulajadi dan perkataan ‘semulajadi’ ini sudah mula diguna pakai oleh umat Islam kini. Ingatlah! Bahawa hanya Allah yang semulajadi iaitu ada dengan sendirinya. Firman Allah dalam surah Al-Hadid ayat 3 [57:3]:

هُوَ الأَوَّلُ وَالأَخِرُ
Bermaksud:
Dia (Allah) yang Awal (tiada berpermulaan) dan yang Akhir (tidak berkesudahan)

Selain daripada Allah maka semuanya dijadikan, ada penciptanya iaitu Allah. Tidak ada alam semulajadi melainkan alam ini dijadikan. Apabila kita mempelajari sesuatu ilmu duniawi seperti sains dan sebagainya maka wajiblah kita menjadikan Al-Quran dan Hadits itu sebagai pedoman, bukan bertaqlid kepada kekafiran. Renungkanlah firman Allah dalam surah At-Tahrim ayat 6 [66:6]:

يَاَيُّهَا الَّذِيْنَ أَمَنُوْا قُوْا اَنْفُسَكَمْ وَاَهْلِيْكُمْ نَارًا وَقُوْدُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلاَئِكَةٌ غِلاَظٌ شِدَادٌ
Bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka yang bahan bakarnya adalah berupa manusia dan batu-batu sedang penjaganya malaikat-malaikat yang berdisiplin serta kuat tenaganya

Oleh itu para hadirin, renungkanlah bahawa sedikit ruang yang kita beri kepada fikiran yang tidak terpimpin, budaya yang tidak berakhlak, ilmu yang tergelincir dari Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw akan membuka ruang kepada kerosakan yang lebih besar kepada diri kita, anak-anak kita dan masyarakat Islam.

Inilah yang telah diungkap atau dijelaskan oleh Ahmad bin Taimiyyah dalam tajuk yang saya sampaikan ini. Janganlah kita berharap dengan kita menerima cara kehidupan barat, pelajaran yang sama dengan mereka, berpakaian seperti mereka, berkelulusan setaraf mereka dengan pengiktirafan daripada mereka – orang-orang yahudi dan nasrani ini suka kepada kita atau berpuas hati kepada kita. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 120 [2:120]:

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُوْدُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ اِنَّ هُدَى اللهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ اَهْوَآءَهُمْ بَعْدَ الَّذِيْ جَآءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيْرٍ
Bermaksud:
Dan orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada engkau sehinggalah engkau mengikut agama mereka. Katakanlah “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar) dan sesungguhnya jika engkau turut kemahuan mereka setelah datang pengetahuan kepadamu maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Tuesday, December 15, 2009

KESOMBONGAN

Kesombongan atau dalam bahasa arabnya mutakabbir adalah sesuatu perbuatan yang sangat tercela di dalam Islam. Ianya boleh berlaku dengan kata-kata dan lagak perbuatan seseorang. Kesombongan dengan kata-kata adalah seperti Tasyadduq iaitu mengeluarkan kenyataan yang berunsur mengangkat darjat diri dengan perasaan bangga dan menganggap dirinya mulia atau suci. Tafaihiq iaitu mengucapkan atau berbicara sambil menghiasi kata kata dengan sastera dan kefasihan untuk di kagumi oleh orang lain. Semua ini termasuk di dalam kesombongan sebagaimana sabda Rasulullah saw.:

Di riwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr r.a., bahwasanya Rasulullah saw. bersabda :

إِنَّ اللهَ يَبْغَضُ الْبَلِيْغَ مِنَ الرِّجَالِ الَّذِي يَتَخَلَّلُ بِلِسَانِهِ كَمَا يَتَخَلَّلُ الْبَقَرَةُ

“Sesungguhnya Allah membenci seorang yang pandai bersilat lidah sebagaimana sapi memutar mutarkan lidahnya.”

Hadits ini sahih dengan penguatnya, di riwayatkan oleh Abu Daud (5005), at-Tirmidzi (2853), Ahmad (II/165), 187) dari jalur Nafi’bin Umar dari Bisyar bin ‘Ashim bin Sufyan dari ayahnya dari ‘Abdullah bin ‘Amr dengan sanad yang marfu’. Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilali berkata : ‘Saya katakana sanad hadits ini hasan dan semua perawinya tsiqat (tepercaya) kecuali ‘Ashim bin Sufyan yang darjatnya shaduq (???). Sanad ini memiliki penguat dari hadits Saad yang di riwayatkan oleh Ahmad (I/175-176,184).” Kesimpulan : Dengan semua penguatnya hadits ini menjadi sahih. Mausuu’ah al Manaahisy Syar’iyyah fii Shahiihis Sunnah an-Nabawiyyah.

Hadits ini menjelaskan tentang larangan bagi orang yang menyusun kata-kata indah sehingga berlebih-lebihan dengan menyusahkan dirinya semata mata untuk perhiasan ucapannya, iaitu seperti orang yang sengaja menyusun indah kata-kata di permulaan ucapan dengan tujuan memberi keterampilan kepada dirinya atau mengadakan I’rab (????) dalam bahasa yang tidak dapat di fahami oleh pendengar untuk menunjukan ketinggian ilmunya dimana perbuatan itu adalah sifat yang dibenci oleh Allah. Sabda Rasulullah saw.:

Diriwayatkan dari Abu Umamah r.a., ia berkata : Rasulullah saw. pernah bersabda :

شِرَارُ أُمَّتِى غَدَوْا بِالنَّعِيْمِ، الَّذِيْنَ يَأْكُلُوْنَ أَلْوَانَ الطَّعَامِ، وَيَلْبَسُوْنَ أَلْوَانَ الثِّيَابِ، وَ يَتَشَدَّقُوْنَ فِي الْكَلاَمِ.

“Sejelek-jelek umatku adalah orang-orang yang datang membawa berbagai nikmat, makan berbagai jenis makanan dan memakai berbagai jenis pakaian dan terlalu berlebihan dalam berbicara.” Hadits ini ‘marfu’ (Hadits yang diriwayatkan dari Nabi saw. oleh seorang rawi kepada seorang rawi sehingga sampai kepada ulama mudawwin, seperti Bukhari, Muslim dan lainnya.) - Ibid.

Rasulullah saw. menjelaskan tentang orang yang di bencinya adalah orang yang dalam ucapannya ada tsartsaaruun (Banyak berbicara yang menyimpang dari kebenaran) dan dalam ucapannya ada mutasyaddiquun (Ucapan yang meremehkan orang lain dan berbicara dengan suara lantang untuk menunjukan kefasihannya dan bangga dengan ucapannya sendiri) demikian juga Nabi saw. membenci ucapan yang ada padanya mutafaihiqun (Berasal dari kata al-fahq yang berarti ‘penuh’. Maksudnya, seorang yang berbicara lantang dengan panjang lebar yang di sertai perasaan sombong dan bangga menggunakan kata kata asing untuk menunjukkan bahawa ia lebih hebat dari yang lainnya.). Sabda Rasulullah saw.:
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a., Bahwasanya Rasulullah saw. bersabda :

إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ، وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةَ: أَحَاسِنَكُمْ أَحْلاَقًا، وَإِنَّ أَبْغَضَكُمْ إِلَيَّ وَأَبْعَدَكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ: الثَّرْثَارُوْنَ، وَالْمُتَشَدِّقُوْنَ، وَالْمُتَفَيْهِقُونَ، قَالُوا: يَا رَسُول اللهِ قَدْ عَلِمْنَا الثَّرْثَارُوْنَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ، فَمَا الْمُتَفَيْهِقُونَ؟ قَالَ: الْمُتَكَبِّرُونَ.

“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kamu dan paling dekat majlisnya denganku pada hari kiamat kelak adalah orang yang terbaik akhlaknya di antara kamu, Dan orang yang paling ku benci dan paling jauh majlisnya denganku di hari kiamat kelak adalah tsartsaaruun, mutasyaddiquun dan mutafaihiquun.” Sahabat berkata : “Ya Rasulullah ! kami sudah tahu erti tsartsaaruun dan mutasyaddiquun, lalu apa erti mutafaihiquun ?” Beliau menjawab : “Orang sombong !” Hadits Sahih Lighairihi di riwayatkan oleh Tirmidzi dan al-Khathib dalam kitab Taariikh Baghdadi (IV/63).

Adapun menggunakan lafaz-lafaz indah dalam berkhutbah atau menyampaikan ceramah agama untuk menarik perhatian orang yang hadir agar mahu mendengar penyampaian tersebut dipandang oleh ulama ahli sunnah sebagai dibolehkan selagi ianya tidak lari daripada maksud keterangan dalil dan di dalamnya tidak berisi pembohongan, merendahkan ilmu seorang yang benar dalilnya serta lain-lainnya yang di tegah oleh syarak. Tetapi tetaplah mempergunakan kepetahan berkata-kata, sastera yang tinggi sehingga mempengaruhi orang ramai sehingga menerima hujahnya sehingga lari dari Al-Quran dan hadits, adalah di larang sebagaimana sabda Rasulullah saw.:

إِنَّ مِنَ البَيَانِ لَسِحْرًا.

“Sesungguhnya di antara bayan (indahnya bahasa) itu merupakan sihir.” Rujukan - ESIKLOPEDI LARANGAN MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNNAH-SALIM BIN ‘IED AL-HILALI JLD.3,M.S.221.

Sesungguhnya perbuatan memutarbelitkan dalil dari Al-Quran dan Hadits dengan hujah yang panjang lebar dan kepetahan berkata kata sehingga orang meninggalkan dalil Al-Quran dan Hadits lalu terpengaruh dengan kepetahan kata-katanya adalah perbuatan yang termasuk ke dalam bayan yang dilarang. Demikian juga sifat mengangkat diri dengan kedudukan yang ada pada seseorang sehingga memandang rendah teguran orang lain kerana padanya tidak layak menegurnya lantaran sedikit ilmunya adalah tergolong di dalam kesombongan yang di benci oleh Allah. Firman Allah :

وَلاَ تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلاَ تَمْشِ فِى اْلأَرْضِ مَرَحًا، إِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُوْرٍ.



Yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana kesombongan) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang sombong lagi membanggakan diri.” Q.S. Luqman : 18.

Penyakit kesombongan ini telah berkembang subur dalam banyak jiwa manusia apatah lagi bagi mereka yang telah mencapai kejayaan di dalam kehidupan ini. Kesombongan ini tdak mengira taraf pengajiannya, baik yang menuntut bahagian keduniaan dan tidak terkecuali yang menuntut di dalam bahagian keagamaan, Al-Quran dan Sunnah, Usuluddin, Fekah dan lain lainnya. Ada ustaz yang meletakkan harga beribu ringgit untuk menyampaikan ceramah agama dan ada pula yang meletakkan berbagai syarat untuk ia menyampaikan ceramah dan sebagainya, antara tujuan di letakkan harga dan syarat adalah kerana kedudukkannya,tinggi pengajiannya dan juga kerana telah terkenal maka mereka tidak mahu menjadi ulama murahan. Perbuatan ini berkait rapat dengan kesombongan dan mengabaikan jihad di jalan Allah. Sabda Rasulullah saw.:

العِزُّ إِزَارِي وَ الكِبْرِيَاء رِدَائِى فَمَنْ يُنَازِعُنِي عَذَّبْتُهُ.

“Keperkasaan adalah sarung-Ku (Allah) dan kesombongan merupakan selendang-Ku. Barangsiapa merebutnya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya.” H.R. Muslim (2620).

Kesombongan telah nyata menjadi perkara yang ditegah dan dibenci oleh Allah, tetapi ianya masih tetap berlaku, apa yang menyedihkan adalah apabila lepasan lepasan agama yang pulang dari luar negeri juga mempunyai pendirian atau sifat sombong. Mereka tidak menghormati ulama-ulama As-Sunnah yang telah tua, malah merendah-rendahkan ilmu atau teguran yang di sampaikan oleh golongan yang telah tua ini. Golongan muda ini tidak mahu mendalami dalil atau keterangan yang di tunjukkan oleh orang yang lebih tua daripadanya kerana pada mereka (golongan muda), ilmu yang mereka dapat adalah dari ulama ternama, tersohor sedangkan ulama tua ini adalah ulama kampung sahaja. Ingatlah bahawa kebenaran itu tidak memihak kepada ulama besar atau kecil, tersohor atau tidak, arab atau melayu tetapi pada dalilnya yang jelas, sahih secucuk dengan As-Sunnah. Dan sesungguhnya kebenaran itu tidak memilih ulama terkenal atau kampung tetapi nilaikanlah penyampaiannya menurut Al-Quran dan hadits yang sah untuk di buat dalil. Demikian juga kesilapan itu boleh berlaku tidak kira ia ulama terkenal atau tidak. Maka marilah kita bersikap merendah hati di dalam mencari ilmu dengan mendengar, berbincang, menilai dengan hati yang ikhlas, terbuka untuk mendapatkan keredaan Allah, Diriwayatkan dari ‘Iyadh bin Himar, ia berkata : Rasulullah saw. pernah bersabda :

إِنَّ اللهَ أَوْحَى إِلَيَّ أَنْ تَوَاضَعُوا حَتَّى لاَيَبْغِ أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ وَلاَ يَفْخَرَ أَحَدٌ عَلَىأَحَدٍ

“Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku agar kalian bersikap rendah hati hingga tidak seorang pun yang menganiayai orang lain dan tidak seorang pun menyombong diri di hadapan orang lain.” H.R. Muslim (2868) (64).

Kesombongan di dalam berilmu baik di dalam urusan keduniaan atau agama tidak lain hanya menyebabkan kerosakan di dalam masyarakat Islam dan di dalam urusan agama ianya menyebabkan perpecahan, kekeliruan dan kebencian sesama sendiri yang akhirnya boleh menyebabkan perjuangan As-Sunnah itu menjadi lemah dan memberi ruang kepada kesesatan untuk menguasai umat Islam. Rasulullah saw. berdoa :

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ

“Ya Allah ! sungguh aku berlindung kepada Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat.” H.R. Muslim.

Marilah kita bersama sama memanjatkan doa kepada Allah agar di lindungi dari ilmu yang tidak bermanfaat dan sia-sia. Ibadah jika di lakukan dengan riak maka menjadi sia-sia dan ilmu bila kita sampaikan bercampur dengan kesombongan atau kita amalkan dengan jalan kesombongan, tidak mahu lagi berubah, tidak mahu lagi menerima teguran walau pun telah jelas kesahihan maka ianya bukan beroleh pahala tetapi beroleh kemurkaan Allah. Jadi apakah yang di cari selama ini ?

Sesungguhnya kadang kala itu dalam kehidupan seharian kita, secara tidak sedar mungkin kita telah melakukan amalan yang menjurus kepada kesombongan. Sabda Rasulullah saw.:

مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ أَعْرَضَ اللهُ عَنْهُ حَتَّى يَضَعَهُ مَتَى وَضَعَهُ

“Barangsiapa memakai pakaian syurah maka Allah akan berpaling darinya hingga ia menanggalkan pakaian tersebut.” Hadits hasan lighairihi di riwayatkan oleh Abu Nu’aim di dalam HILYAH AL-AULIYA’ (IV/190-191).

Haram hukumnya memakai pakaian syurah, iaitu seseorang memakai pakaian yang bertentangan dengan apa yang dipakai masyarakat setempat untuk menarik perhatian dan membuat mereka suka/kagum terhadap pakaian yang ia pakai, baik pakaian yang mewah mahupun pakaian yang jelek. Termasuk dalam bab ini, pakaian khusus yang dikenakan oleh sebahagian kelompok agar ditengah masyarakat mereka dapat di kenali dengan pakaian tersebut. Sila rujuk- ENSKIKLOPEDI LARANGAN MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH OLEH SALIM BIN ‘IED AL-HILALI, JLD.3, M.S.221.

Mengkhususkan pakaian seperti jubah ke masjid atau menjadikan ianya satu pakaian khas di masjid untuk menujukkan kedudukan sebagai imam, khatib dan lain-lain anggota atau kaki tangannya di alam orang melayu yang di mana pakaian melayu adalah pakaian tempatan adalah satu kejanggalan. Jika ianya dipakai kerana menunjukan kedudukannya sebagai seorang imam sehingga membezakan dirinya dari orang lain, sememangnya ia tidak mempunyai sunnah dari Rasulullah saw. dan dibimbangi perbuatan ini termasuk di dalam pakaian syuhrah. Oleh itu janganlah kita berlebihan di dalam berpakaian, sehingga menampakkan kejanggalan dan mengelirukan orang sehingga ada yang menganggap berjubah itu pakaian Islam. Bersabda Rasulullah saw.:

كُلُوْا وَاشْرَبُوا، وَالْبَسُوا، وَتَصَدَّقُوا فِى غَيْرِ إِسْرَافٍ، وَلاَ مَخِيلَةٍ

“Makanlah kamu dan minumlah, berpakaianlah dan bersedekahlah tanpa berlebih-lebihan dan menyombongkan diri!” H.R. Bukhari dalam Sahihnya secara mu’allaq (tanpa menyebut sanadnya), Ahmad, Nasai, Ibnu Majah dan Hakim.

Untuk menjelaskan darihal berpakaian menurut Islam yang sebenarnya tidak di batasi dengan satu cara berpakaian seperti yang di sangka oleh setengah pihak, mari kita merujuk kepada hadits seterunya di mana Rasulullah saw. bersabda :

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عمَرَ رضى الله عنهما؛ عَنِ النَّبِيِّ ص قَالَ: لاَ يَلْبَسِ الْمُحرِمُ الْقَمِيصَ وَلاَ الْعِمَامَةَ وَلاَ السَّرَاوِيْلَ وَلاَ الْبُرْنُسَ وَلاَ ثَوْبًا مَسَّهُ زَعْفَرَانٌ وَلاَ وَرْسٌ وَلاَ الخُفَيْنِ إِلاَّ لِمَنْ لَمْ يَجِدِ النَّعْلَيْنِ. فَإِنْ لَمْ يَجِدْهُما – فَلْيَقْطَعْهُمَا أَسْفَلَ مِنَ الْكَعْبَيْنِ

Di terima dari Abdullah bin Umar r.a. dari Nabi saw. sabdanya : “Tidak boleh orang yang sedang ihram itu memakai kemeja, tidak pula serban, seluar, pakaian burnus (iaitu pakaian yang dari kepala dan badannya bersambung), atau kain yang di sentuh kunir atau waras (al-waras-sejenis tumbuhan berwarna kuning yang di gunakan sebagai pewarna)….” H.R. Bukhari.

Berbagai pakaian di dalam hadits ini hanya di larang pada orang yang sedang ihram, dan tidak dilarang untuk orang yang tidak berihram memakainya. Sesungguhnya apa yang dikatakan, dicontohkan dan didiamkan oleh Rasulullah saw. termasuk di dalam sunnah Rasulullah saw. Maka tidak tepat untuk orang yang mengkhususkan jubah di alam melayu ini untuk ke majlis agama atau masjid sebagai pakaian Islam. Malah ini menampakan kejanggalan yang di bimbangi membawa kepada riak. Berpakaian jubah di arab itu adalah sesuatu yang biasa dan tidak menimbulkan sebarang kejanggalan samada di masjid, di stadium bola, di konsert hiburan dan ianya lebih kepada tradisi setempat. Sesungguhnya banyak lagi jenis pakaian yang di jelaskan di dalam hadits Rasulullah saw. yang di pakai di zamannya. Dan Rasulullah saw. tidak melarang umat Islam memakai berbagai jenis atau macam pakaian selagi ianya tidak bercanggah dengan syarak. Sabda Rasulullah saw. :

أَنْتُمْ أَعْلَمُ يشُئُوْنِ دُنْيَاكُمْ

“Kamu lebih tahu urusan dunia kamu.” H.R. Muslim.

Bagi yang suka berpakaian yang cantik, silalah memakainya kerana yang demikian itu bukanlah urusan yang dilarang, asalkan dipakai bukan untuk kesombongan atau tujuan lainnya yang terlarang. Sabda Rasulullah saw.:

قَالَ رَجُلٌ: إِنَّ الرَّحُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً؟ قَالَ: إِنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقُّ وَغَمْطُ النَّاسِ.

“…..Seorang lelaki bertanya (Rasulullah saw.) : “Bagaimana seorang yang suka memakai baju dan kasut (yang) baik ? Beliau menjawab : “Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan suka meremehkan orang lain.” H.R. Muslim (91).

Orang yang sombong itu menurut dalil-dalil di atas, selain bermegah-megah, sombong tingkah lakunya, maka termasuk juga adalah orang yang menolak kebenaran, iaitu sebagai contoh: ‘apabila di ceritakan sesuatu yang benar dengan nash yang sahih dari As-Sunnah, lalu ia memutar belit untuk menolaknya dengan berbagai alasan kerana orang yang menyampaikan itu tidak setaraf dengannya dari segi ilmu atau pengajian.’ Orang yang bersifat demikian ia telah melengkapi sifat sombong kerana selain menolak kebenaran ia telah merendahkan orang lain atas dasar atau jalan yang salah. Bahaya kesombongan ini amat besar sekali, inilah sunnah Iblis yang di lakukannya apabila ia di perintahkan oleh Allah untuk sujud kepada Adam. Firman Allah :

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَئِكَةِ اسْجُدُواْلأَِدَمَ فَسَجَدُوا إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ
Yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya ketika Kami berfirman kepada para malaikat : Sujudlah kamu kepada Adam. Maka mereka pun bersujud kecuali Iblis. Ia enggan dan sombong.”
Q.S. Al-Baqarah : 34.

Kesombongan Iblis adalah kerana ia merasakan ia lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya dari Adam. Iblis menjawab kepada Allah :
أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِى مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ
Yang bermaksud :
“…Aku lebih baik darinya, Engkau ciptakan aku dari api sedang ia Engkau ciptakan dari tanah.” Q.S. Al-A’raaf : 12.

Kesombongan yang telah di lakukan oleh Iblis menyebabkan ia menjadi kafir walaupun ia masih mengaku Allah itu Tuhannya, ini di jelaskan di dalam Al-Quran yang berbunyi :
قَالَ رَبِّ فَاَنظِرْنِى إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Yang bermaksud :
“Iblis berkata : Ya Rabbku ! Berikanlah tangguh kepadaku sampai hari mereka di bangkitkan.” Q.S. Shaad : 79.

Tetapi pengakuan yang tidak di buktikan dengan ketaatan kepada Allah itu teryata tidak ada gunanya sehingga dari sebab kesombongan itu maka Iblis telah menjadi kafir. Firman Allah :

قَسَجَدَ المَلَئِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُوْنَ، إِلاَّ إِبْلِيْسَ اسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَفِرِيْنَ.

Yang bermaksud :

“Lalu seluruh Malaikat itu bersujud semuanya kecuali Iblis, ia menyombongkan diri dan ia termasuk orang orang yang kafir.” Q.S. Shaad : 73-74.

Di dalam Terjemahan Minhajul Firqatin Najiyah wat Tha’ifah Al-Manshurah yang di beri nama Al-Firqotun Najiyah (Jalan hidup golongan selamat) oleh Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu pada muka surat 154, telah menjelaskan bahawa orang yang menolak atau tidak mahu tunduk kepada kebenaran sedang hatinya percaya ada kebenaran tersebut, menjadi sama dengan kufurnya Iblis. Termasuk di dalam kufur besar kerana ‘kufur kerana enggan dan sombong padahal sebenarnya hatinya percaya.’ Dalilnya :

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَئِكَةِ اسْجُدُوْا لأَِدَمَ فَسَجَدُوْا إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِيْنَ

Yang bermaksud :
“Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat : ‘Sujudlah kamu kepada Adam !’ Maka sujudlah mereka semuanya, kecuali Iblis, dia enggan dan sombong. Dia memang termasuk golongan orang orang kafir.” Q.S. Al-Baqarah : 34.

Hendaklah kita menjaga diri kita daripada terlibat dengan perbuatan sombong, apatah lagi kesombongan di dalam urusan agama. Jangan kita menghina atau memandang rendah orang yang belajar As-Sunnah dengan memakai kita terjemahan kebahasa melayu, seperti Nailul autar, Fikih Sunah, Bulughul Maram atau kitab melayu seperti Koleksi Hadis Hadis Hukum-T.M. Hasbi., Soal Jawab A.Hasan dan lain lainnya. Semua itu adalah kitab yang di dalamnya menjelaskan fikah menurut As-Sunnah. Ada yang di dalamnya kaul yang kuat dan ada kaul yang lemah, maka kita ambillah atas dasar ilmu yang ikhlas berpedomankan As-Sunnah. Di riwayatkan dari jabir bin Abdullah r.a., berkata : ‘Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda :
Eskl 529
“Sesungguhnya syaitan sudah putus asa untuk mengalihkan orang-orang solat agar menyembahnya di Jazirah Arab, tetapi ia berhasil menimbulkan permusuhan di antara mereka.” H.R. Muslim (2812).

Timbulnya perselisihan yang memecah belahkan, kebencian, cemuhan dan yang paling menyedihkan sehingga terjadi permusuhan sesama jamaah As-Sunnah adalah kerana racun yang diresabkan oleh syaitan kedalam jemaah As-Sunnah, antaranya adalah melalui kesombongan ilmu sehingga menimbulkan kebencian sesama jamaah dan dengan ini syaitan telah berjaya merapuhkan shaf (barisan) muslimin dan akan membuatkan mereka hina di hadapan Allah, juga kemudiannya di hadapan musuh musuh mereka golongan bid’ah/ahli ahwa/kufar dan kepada diri mereka sendiri. Sabda Rasulullah saw.:

مَنْ سَمَّعَ سَمَّعَ اللهُ بِهِ يَوْمَ القِيَامَةِ، وَمَنْ يُشَافِقْ يَشْفُقِ اللهُ عَلَيْهِ يَوْمَ القِيَامَةِ.

“Barangsiapa menyebarkan aib seseorang maka Allah akan menyebarkan aibnya nanti di hari kiamat dan barangsiapa menyulitkan orang lain maka Allah akan menyulitkannya di hari kiamat kelak.” H.R. Bukhari (7152).

Seruan saya pada diri saya juga hadirin sekelian marilah kita mengukuhkan ikatan jamaah As-Sunnah dan janganlah kita saling berselisih sehingga ke tahap yang menimbulkan perpecahan. Terimalah ilmu itu baik dari ulama yang telah tua ataupun yang masih muda, ambillah ilmu itu berdasarkan Al-Quran dan Hadits yang sah untuk di jadikan dalil, Jauhilah hujah yang berbelit belit kerana bijak menyusun kata, di bimbangi bukan dalil yang di ambil tetapi terpengaruh dengan kata katanya. Firman Allah :

وَلاَ تَنَازَعُوْا فَتَفْشَلُوْا وَتَذْهَبَ رِيْحُكُمْ

Yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu saling berbantah-bantahan, kerana hal itu akan menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang semangat.” Q.S. Al-Anfal : 46.

Rasulullah saw. telah mengajar kita cara untuk menghadapi permasalahan atau perselisihan dengan mendengar dalil dari kedua belah pihak lalu nilaikan dalil itu menurut syariat bukan hawanafsu, iaitu tidak di nilai dalil itu menurut kemahuan atau kesesuaian hati. Sabda Rasulullah saw.:

إِنَّ اللهَ سَيَهْدِي قَلْبَكَ وَيُثَبِّتُ لِسَانَكَ، فَإِذَا جَلَسَ بَيْنَ يَدَيْكَ الْخَصْمَانِ فَلاَ تَقْضِيَنَّ حَتَّى تَسْمَعَ مِنَ الآخَرِ كَمَا سَمِعْتَ مِنَ الأوَّلِ، فَإِنَّهُ أَحْرَى أَنْ يَتَبَيَّنَ لَكَ الْقَضَاءُ

“Sesungguhnya Allah akan memberi petunjuk kepada hatimu dan mengukuhkan lisanmu, apabila di hadapanmu duduk dua orang yang sedang bertikai maka janganlah kamu memutuskan perkara mereka hingga mendengar keterangan dari orang kedua sebagaimana kamu mendengarnya dari orang pertama, sehingga jelas bagimu duduk permasalahan mereka yang sebenarnya dan kamu dapat memberi keputusan dengan benar….” Hadits hasan riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain lainnya.

Hendaklah kita mendahulukan Allah dan Rasul-Nya dalam kehidupan ini. Iaitu kita merujuk dari Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. untuk mendapat panduan di dalam kehidupan. Sebagai contoh : ‘Apabila kita belajar bahawa azan itu tidak di lagu lagukan atau di alun alunkan seperti mana yang telah di jelaskan di dalam hadits Rasulullah saw. dan sahabat memarahi orang yang mengalun alunkan azan dan mengambil upah darinya, itu dalil kita. Kemudian datang seseorang lalu berkata : ‘sebenarnya azan itu boleh dialun alunkan, ia bukan ayat Al-Quran tetapi hanya kata kata.’ Bila kita mendengar ucapan begini jangan terus marah, tanya dahulu apakah ia mempunyai dalil ? Jika ia berkata dalilnya ‘di Mekah dan Madinah orang orang mengalunkan azan, jika tidak boleh bagaimana boleh mereka lakukan.’ Jika itu jawapannya maka tolaklah ajaran tersebut, kerana amalan orang Mekah dan Madinah itu bukanlah dalil, yang menjadi dalil itu adalah adakah ada dari Al-Quran atau sunnah dari Rasulullah saw. atau para sahabat. Firman Allah :

يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا لاَ تُقَدِّمُوْا بَيْنَ يَدَيِ اللهِ وَرَسُوْلِهِ

“Wahai orang orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya !” Q.S. Al-Hujurat : 1.

Berkata Ibnu Abbas r.a.:

اَرَاهُمْ سَيَهْلِكُوْنَ، اَقُوْلُ: قَالَ النَّبِيُّ وَيَقُوْلُوْنَ: قَالَ اَبُوْ بَكْرٍ وَعُمَرُ

“Aku kira mereka akan binasa, aku berkata Nabi saw. telah bersabda ; namun mereka mengatakan : Abu Bakar dan Umar berkata !” Atsar ini telah di riwayatkan oleh Ahmad dan lainnya, Ahmad Syakir menilai sahih hadits ini.

Iaitu apabila telah jelas sesuatu amalan atau perintah Rasulullah saw. kepada kita ambillah yang demikian itu dengan taat, sesungguhnya sunnah sahabat itu jika di dapati bertentangan dengan sunnah Rasul saw., maka sunnah Rasul itulah yang kita ambil untuk beramal dengan tidak mencela atau bersangka buruk terhadap para sahabat Rasulullah saw.