
Wajah-wajah yang memerlukan cahaya untuk menyuluh masa depan..merekalah persona non grata di Teratak Rahmat..dilahirkan di Malaysia tetapi tidak sah taraf kewarganegaraan krn ibubapa yg berasal dari Thailand yg tinggal di Malaysia tanpa sebarang dokumen yg sah kerana kecetekan pengetahuan dan kemiskinan hidup...kini hidup mereka tidak berbapa yg telah dijemput pulang..
nina...kehadiranmu menghadirkan keinsafan yg tak terungkap dlm diri ini..penderitaanmu sukar utk diungkapkan..air matamu bagaikan kering utk menangisi penderitaan yg ditanggung..kesabaranmu selama 14 tahun menanggung derita membuktikan masih ada wanita yg sesabarmu di dunia ini..mulianya hatimu yg masih mempunyai perikemanusiaan kpd insan yg hampir membunuh rohanimu..sesungguhnya berat mata ini memandang berat lagi bahu yg memikul..biarlah dirimu bukan satu bangsa dgn diri ini..tp dlm dirimu penuh ciri2 wanita solehah yg sepatutnya mendapat pembelaan yg sewajarnya..betapa Rasulullah saw memuliakan wanita namun dirimu diperlakukan sedemikian rupa...sungguh berat ujianmu sehingga dirimu hampir berpaling daripada kebenaran..namun Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang krn dgn adanya ujian inilah dirimu semakin merasai betapa manisnya iman hamba2Nya yg sentiasa redha dan pasrah dgn ketentuan Allah azza wa jalla walau ketentuan itu pahit pada pandangan mata manusia..inilah fitnah kehidupan..mg dirimu dibukakan hijab-hijab yg seolah-olah menutup pandanganmu utk melihat dan menikmati betapa indahnya hidup di dalam mencari keredhaanNya...
mujahidahku yg kurindui..bertemu kita dlm takdir Allah..dari alam maya kita bertemu di alam realiti..sungguh besar keagungan Allah..smg ukhuwwah fillah kita dipelihara agar kekal mekar berpaksikan cintaNya..syukur Allah telah mengurniakan dirimu yg sanggup menjadi penawar kedukaanku di saat aku lelah dlm perjuangan,berhenti meneguk secangkir madu buat meneruskan lagi perjuangan yang belum berkesudahan..Ya Allah kiranya RasulMu hidup bersahabat yang sehati sejiwa dgnnya,ku pohon kurniakan daku jua sahabat seperti itu yang datang dari lorong2 yang membenarkanMu seperti As-Sidiq,biarlah sahabat2 dari pintu-pintu ilmuMu seperti Ali..namun Ya Allah,jika itu tak layak buatku,aku tetap bersyukur dipertemukan dengan sahabat yang satu ini...mungkin padanya ada segalanya yang tak pernah aku selami..tapi jika aku seorang sahabat yang tak menghargai,Kau ampunilah dosaku dan Kau kurniakanlah kegembiraan kpd sahabatku ini...semoga doamu senantiasa mengiringi perjuanganku dan ku doakan semoga dirimu sentiasa berada dalam barakahNya..insyaAllah..fi amanillah 
inilah wajah-wajah perjuangan yang belum selesai..empat daripada lima orang anak nina yang kehausan ilmu dari Yang Maha Mencipta...wajah-wajah kalian umpama amanah dari Allah yang tiada nilainya..kehilangan faiz dan hafiz menggamit kenangan yang amat memilukan..semoga kalian tenang dan sentiasa ditetapkan hati di jalanNya..semoga kita akan dipertemukan lagi di dalam nikmat Allah Yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah..insyaAllah
Wednesday, April 22, 2009
Sumber Inspirasiku
Posted by xuerytha 0 comments
Labels: Inspirasiku
Monday, March 16, 2009
Tauhid

Tauhid ertinya mengEsa atau tunggal iaitu tidak berbilang-bilang. Ilmu tauhid ialah ilmu untuk mengEsakan Allah. Itulah ajaran Rasulullah SAW yang pertama kepada umat manusia, Esakan Allah jangan bersyirik [menyekutui Allah dengan sesuatu].
Firman Allah:
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِىْ كُلِّ اُمَّةٍ رَسُوْلاً اَنِ اعْبُدُوْا اللهَ وَاجْتَنِبُوْا الطَّاغُوْتَ
Ertinya [L.K.B]:
“ Dan sungguh Kami telah mengutuskan seorang Rasul pada setiap umat [untuk menyerukan],”sembahlah Allah dan jauhilah taghut”. [Q.S.An-Nahl:36]
* Taghut adalah sembahan-sembahan selain Allah. (Penjelasan yang lebih detail akan dinyatakan pada muka seterusnya.)
Tanpa tauhid bermakna manusia itu telah tergolong dalam golongan orang-orang yang musyrik (mempersekutukan Allah), iaitu satu dosa yang tidak diampunkan Allah, dosa yang akan menyebabkan pelakunya kekal selama-lamanya di neraka. Firman Allah yang maksudnya [L.K.B]:
“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang kurang dari itu (syirik) bagi siapa yang dikehendakiNya”. [Q.S. An-Nisa’ :48]
Maka telah teranglah betapa pentingnya ilmu tauhid dalam pembinaan seorang Islam, ilmu yang menjadi pokok utama didalam Islam. Tanpa tauhid bermakna tiada Islam, sia-sialah sembahyangnya, sia-sialah puasanya, sia-sialah zakatnya dan fitrahnya dan sia-sialah segala amalan serta kebajikannya.
Firman Allah yang bermaksud [L.K.B]:
“Sesungguhnya siapa yang menyekutui Allah, maka sungguh Allah mengharamkan syurga baginya dan tempat tinggalnya dalam neraka, dan tiadalah bagi orang-orang yang zalim itu seorang penolong pun”. [Al-Maa’idah:72]
Sabda Rasulullah SAW:
رَوَى الْبُخَارِيُّ حَدِيْثَ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ الله عَنْهُ : مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَدْعُوْ مِنْ دُوْنِ الله نِدًّا دَخَلَ النَّارَ
Ertinya: “Barang siapa mati dalam keadaaan menyeru [syirik] kepada selain Allah, pasti ia masuk neraka”. [Hadith riwayat oleh Bukhari]
Tauhid tidak boleh direka-reka atau diolah mengikut kemahuan sendiri. Tauhid mestilah berpandukan dari Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah SAW. Bagi orang-orang Melayu, banyak diantaranya mempercayai tauhid itu adalah Sifat Dua Puluh. Iaitu satu jalan pintas yang direka-reka oleh ulama-ulama untuk mengenal tauhid. Soalnya, apakah tauhid cukup sekadar memahami sifat 20, bagaimana pula dengan 99 nama-nama Allah yang juga merupakan sifat-sifat bagiNya? Sekian banyak ayat Al-Quran dan hadith menunjukkan bahawa nama-nama Allah adalah sifat bagiNya. Apakah Nabi SAW tidak menunjukkan jalan untuk mempelajari tauhid kepada kita, sehingga kita membuat sendiri cara tauhid?
Ataupun kita sahaja meninggalkan Sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW?
Firman Allah:
مَا فَرَّطْنَا فِيْ الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍِ ثُمَّ اِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُوْنَ
Maksudnya [L.K.B]:
“Tiadalah kami lupa [tertinggal] sesuatu apa didalam Al-Kitab [Al-Quran], kemudian kepada Tuhanlah mereka di himpunkan”. [Q.S. Al-An’Aam,6:38]
Firman Allah:
وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلاً لاَ مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Maksudnya [L.K.B]:
“Telah sempurna [lengkap] kalimah Tuhanmu [Al-Quran] sebagai kalimah yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah kalimah-kalimahNya dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [Q.S. Al-An’aam,6:115]
Rasulullah bersabda:
مَنْ اَحْدَثَ فِى اَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
Ertinya:
“Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baru dalam urusan [agama] Kami ini, maka ia tertolak”. [Hadith riwayat Ahmad]
Setelah dijelaskan alasan diatas maka sewajarnya kita menolak tauhid-tauhid rekaan dan kembali kepada jalan yang benar, iaitu jalan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Semoga kita beroleh kejayaan didalam membina tauhid yang sebenar. Agama Islam bersih dari rekaan akal, hawa nafsu dan muslihat manusia. Semestinya tauhid juga bersih dari sekalian yang tersebut.
Firman Allah:
فَلْيَحْذَرِ الَّذِيْنَ يُخَالِفُوْنَ عَنْ اَمْرِهِ اَنْ تُصِيْبَهُمْ فِتْنَةٌ اَوْ يُصِيْبَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ
Maksudnya [L.K.B]:
“Maka awaslah orang-orang yang menyalahi perintahNya bahawa mereka akan ditimpa fitnah (cubaan) atau akan ditimpa siksa yang pedih”. [Q.S.An-Nur 24:63]
Sesungguhnya tiada Tuhan yang sebenarnya selain Allah, Dialah yang wajib di sembah dan Berkuasa atas sesuatu.
Firman Allah:
وَمَا مِنْ اِلَهٍ اِلاَّ اللهُ
Maksudnya [L.K.B]
“Tidak ada satupun Tuhan yang [sebenarnya] melainkan Allah”. [Q.S Al-‘Imran :62]
Kita wajib percaya wujudnya Allah dan menolak sekalian macam sembahan selain Allah. Tidaklah kita menyembah sesama manusia, tidaklah kita menyembah hutan-hutan belantara, lautan dan sebagainya, kerana kita dicipta hanya untuk menyembah Allah.
Firman Allah:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالاِنْسَ اِلاَّ لِيَعْبُدُوْنِ
Maksudnya [L.K.B]:
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah [menyembah] kepadaKu”. [Q.S.Adz-Dzariyat:56]
Firman Allah:
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِىْ كُلِّ اُمَّةٍ رَسُوْلاً اَنِ اعْبُدُوْا اللهَ وَاجْتَنِبُوْا الطَّاغُوْتَ
Maksudnya[L.K.B]
“Dan sungguh Kami telah mengutuskan seorang rasul pada setiap umat [untuk menyerukan], Sembah Allah [saja] dan jauhi ta’ghut”. [Q.S.An-Nahl:36]
Ta’ghut maknanya sekalian sembahan selain Allah, makna yang lebih luas merangkumi berhala-berhala, harta benda, kasih sayang, ketaatan dan sebagainya yang kita samakan atau lebih daripada Allah. Contoh untuk kita memahaminya ialah apabila seorang manusia itu mengasihi kekasihnya melebihi atau menyamakan dengan kasihnya kepada Allah. Beliau sanggup melakukan apa saja kerana kekasihnya, sanggup meninggalkan amal ibadat, sanggup menderhaka kepada ibubapanya malah kerana kekasihnya beliau sanggup berkorban apa sahaja hartanya hingga nyawa sekalipun.
Demikian juga seorang anak apabila ia taat kepada ibubapanya sehingga sanggup membelakangi perintah Allah. Kerana ketaatannya beliau sanggup menurut apa saja nasihat atau perintah dari ibubapanya walaupun ia tahu itu adalah larangan dari Allah. Contoh jalan yang mudah ialah, ibubapanya tidak menyukai isterinya kerana isterinya bertudung, kuat beribadah dan tidak sesuai dengan cara hidup mereka yang moden. Lalu kerana taat kepada ibubapanya ia ceraikan dan menzalimi isteri yang tidak berdosa tersebut. Ini adalah contoh ketaatan melulu yang membelakangi Allah dan Rasulullah SAW, malah melebihkan ketaatan kepada ibubapanya dari ketaatan kepada Allah.
Firman Allah yang maksudnya [L.K.B]:
“Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu,perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai itu lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad di jalan Allah, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya”. [Q.S.At-Taubat:24]
Sabda Rasulullah SAW:
لا يُؤْمِنُ اَحَدُكُمْ حَتَّى اَكُوْنَ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ اَجْمَعِيْنَ
Ertinya:
Dari Anas mengatakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kamu tidak beriman sebelum aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya dan manusia seluruhnya”. [Hadith riwayat oleh Bukhari & Muslim]
Ada di antara orang-orang yang mengaku Islam tetapi mengangkat golongan-golongan atau berpuak-puak, mereka menamakan diri mereka golongan bermazhab. Mereka percaya kepada mazhab mereka, sehingga jika ditunjukan sesuatu alasan dari Allah dan Rasul [Al-Quran dan Hadith], tetapi tidak ada dalam mazhab mereka maka mereka akan menolak. Sebaliknya jika sesama mazhab mereka, tanpa alasan Al-Quran dan Hadith pun, mereka sanggup terima. Sebagai contoh kejahilan golongan ini, Imam Syafie sendiri menentang perbuatan bidaah’ [mencipta sesuatu yang baru dalam urusan agama] seperti katanya:
مَنِ اسْتَحْسَنَ فَقَدْ شَرَعَ وَمَنْ شَرَعَ فَقَدْ كَفَرَ
Ertinya:
“Sesiapa yang menganggap baik [cantik/elok apa yang diciptanya dalam agama], dia telah mencipta syara’, sesiapa yang mencipta syara’, maka dia telah menjadi kafir”. [Lihat حاشية جمع الجوامع jld.2.295.]
Tetapi pengikut-pengikut syafieah’ [golongan yang mengaku bermazhab Syafie] pula menganggap bidaah’ itu hasanah [baik] dan sunat dikerjakan, kerana taqlied [menurut atau mengikut] kepada ulama-ulama puak Syafieah. Mereka tidak perlu merujuk Al-Quran dan Hadith, memadai mengikut sahaja apa kata puak mereka. Malah kitab Imam Syafie iaitu Imam mazhab mereka sendiri tidak perlu dirujuk atau dibaca, cukuplah bagi mereka itu mengikut sahaja atau dikenali dengan nama TAQLIED BUTA. Kerana sifat taqlied dan taksub kepada ulama dan mazhab, mereka sanggup menolak Al-Quran dan Hadith iaitu WAHYU ALLAH dan SUNNAH RASULULLAH. Ini adalah golongan yang membelakangi Allah dan mendahulukan makhluk.
Inilah yang dikatakan taghut – menolak perintah Allah dan ajaran RasulNya dan mengambil kata-kata ulama mereka walaupun bertentangan dengan Al-Quran dan hadith. Inilah juga sikap yahudi dan nasrani di mana mereka telah mengangkat para rahib dan pendita mereka sebagai tuhan selain Allah. Mereka berpegang pada kata-kata ulama walaupun kata-kata tersebut bertentangan dengan kitab Injil dan Taurat. Firman Allah yang maksudnya [L.K.B]:
“ Mereka mengangkat pendita-pendita dan alim-ulamanya menjadi tuhan selain daripada Allah, begitu juga Al Masih anak Maryam, sedang mereka tidak disuruh melainkan supaya menyembah Tuhan yang Esa tiada Tuhan kecuali Dia, Maha Suci Tuhan daripada apa yang mereka persekutukan”. [Q.S. At-Taubah :31]
Sebagai umat yang bertauhid hendaklah kita menjauhkan perbuatan taqlied buta yang menjadi amalan orang-orang jahiliyah. Mereka apabila diajak oleh Rasulullah ke jalan yang benar, mereka menjadikan nenek moyang mereka sebagai ikutan dan menolak kebenaran .
Firman Allah:
وَاِذَا قِيْلَ لَهُمُ اتَّبِعُوْا مَا اَنْزَلَ اللهُ قَالُوْا بَلْ نَتَّبِعُ مَا اَلْفَيْنَا عَلَيْهِ ءَابَاءَنَا اَوَلَوْ كَانَ ءَابَاؤُهُمْ لا يَعْقِلُوْنَ شَيْئًا وَلا يَهْتَدُوْنَ
Yang bermaksud [L.K.B.]:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Ikutlah apa yang telah diturunkan Allah, mereka menjawab: [Tidak] tetapi kami hanya mengikut apa yang kami dapati dari bapa-bapa kami. Walaupun bapa-bapa mereka tidak mengetahui suatu apapun dan tidak mendapat petunjuk”. [Al-Baqarah, 2:170]
Golongan ini menjadikan hawa nafsu sebagai pedoman hidup atau di panggil juga ahlul-ahwa yang ertinya penyembah hawa nafsu. Bagi mereka agama itu apa yang mereka fikir baik dan sesuai dengan kehendak nafsunya. Di zaman moden ini apabila mereka diajak kembali kepada Al-Quran dan Hadith Nabi SAW. Mereka menjawab: “Ini mazhab nenek moyang kami , dan kami hanya mengikut mazhab kami”. Golongan ini diberikan kepandaian dan kemajuan oleh Allah tetapi mereka enggan tunduk kepada Allah. Mereka tidak yakin untuk terus menerima Islam dari Allah dan RasulNya lalu mereka adakan perantaraan untuk mendapatkan Islam iaitu mazhab. Selayaknyalah mereka dipanggil JAHILIYAH MODEN.
Firman Allah:
وَاَنَّ هَذَا صِرَاطِى مُسْتَقِيْمًا فَاتَّبِعُوْهُ وَلا تَتَّبِعُوْا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيْلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ
Yang maksudnya [L.K.B]:
“Sesungguhnya inilah jalanku yang lurus, oleh itu hendaklah kamu ikutinya dan janganlah kamu ikuti jalan-jalan [yang lain], kerana jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kamu dari jalanNya.Yang demikian itu diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu bertakwa”.[Al-An-aam,6:153]
Firman Allah:
وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلا تَفَرَّقُوْا
Maksudnya [L.K.B]:
“Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah, dan janganlah kamu berpecah-belah”. [Ali Imran, 3:103]
Dalam mentauhidkan Allah hendaklah kita menjauhkan atau meninggalkan sekutu-sekutu, iaitu perkara-perkara yang menjatuhkan tauhid. Sama ada perkara-perkara yang telah dijelaskan sebelum ini atau yang akan kita terokai untuk membersihkan tauhid kita. Sesungguhnya Allah itu tunggal, tidak ada yang menjadikan Allah. Ia wujud dengan sendiri atau semulajadi. Manakala sekalian makhluk dan apa yang ada di sekalian alam selain Allah adalah ciptaanNya. Hendaklah kita mengatakan alam ini alam yang dijadikan, bukan alam semulajadi. Tidak ada yang semulajadi melainkan Allah.
Firman Allah:
وَاِلَهُكُمْ اِلَهٌ وَاحِدٌ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ
Yang maksudnya [L.K.B.]:
“Tuhan kamu itu Tuhan yang Tunggal, tidak ada tuhan melainkan Dia”.
[Q.S.Al-Baqarah:163]
Firman Allah lagi:
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا اَحَدٌ
Yang maksudnya [L.K.B]:
“Tidak ada siapapun yang sama dengan Dia”. [Q.S.Al-Ikhlas:4]
Firman Allah lagi:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
Yang maksudnya [L.K.B]:
“Tidak ada satupun yang sama dengan Dia”. [Q.S.Asy-Syura:11]
Firman Allah lagi:
لا شَرِيْكَ لَهُ
Yang maksudnya [L.B.K.]:
“Tidak ada satupun sekutu bagi Nya”. [Q.S.Al-An-‘aam:163]
Firman Allah lagi:
فَتَعَالَى اللهُ عَمَّا يُشْرِكُوْنَ
Yang maksudnya [L.K.B]:
“Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka sekutukan”. [Q.S.Al-A’raf:190]
Ayat-ayat di atas adalah dalil-dalil untuk menjelaskan tauhid mengEsakan Allah. Hendaklah kita menjaga hati, tutur kata dan perbuatan kita dari tersimpang dari jalan tauhid. Kita tidak boleh menyamakan ucapan-ucapan kita dengan ucapan-ucapan orang-orang kafir atau musyrik, sebab mereka adalah orang-orang yang terkeluar dari jalan tauhid. Berjaga-jagalah dengan lidah kita dari mengeluarkan kata-kata yang berunsur nujum atau ramalan-ramalan, kata-kata yang membelakangi Allah dan lain-lain ucapan yang menyumbang kepada menyekutui Allah.
Kemajuan yang tidak bertunjangkan tauhid akan menyebabkan berlakunya penyelewangan tauhid. Sehinggalah berlakunya kekeliruan dalam ucapan-ucapan, pemikiran, perbuatan dan kajian terhadap kesucian Islam. Mereka, golongan moden ini cuba memberi pandangan atau pendapat menurut akal fikiran atau dari sudut logika. Apabila pendapat atau pandangan itu diberikan atas nama Islam, sedangkan ia sendiri tidak memahami Islam, maka berlakulah percanggahan dan kekeliruan di atas apa yang disampaikannya. Satu fenomena yang jelas dalam masyarakat Islam kini akibat daripada percampuran ideologi Barat dan Islam adalah dalam bab perkahwinan di mana kedudukan kewangan telah menjadi satu syarat utama / satu aset yang paling penting sedangkan telah jelas dalam hukum syara’ bahawa Islam menganjurkan / menggalakkan perkahwinan tanpa mengira kedudukan kewangannya walaupun dia seorang fakir. Lazimnya orang-orang kebanyakan akan menerima dengan mudah pandangan atau pendapat dari manusia yang bergelar Professor, Sarjana dan pelbagai lagi gelaran manusiawi.
Golongan ini dengan mudah merungkai masalah-masalah didalam Islam malah ada yang menjadi kaunselor kepada masalah orang-orang Islam. Bagi golongan ini Islam itu mudah sahaja, dengan ideologi Barat yang dipelajari mereka sudah boleh menghuraikan Islam. Islam bagi mereka cukup dengan mengakuinya dan mempelajari apa yang sempat atau ala kadar. Ini adalah satu kejadian yang sering berlaku didalam masyarakat kita hari ini. Hasilnya, maka lahirlah pemikiran yang bercanggah dengan tauhid mengEsakan Allah.
Contoh yang terang ialah, lahir perkataan alam semulajadi, jangkitan penyakit, zodiak kehidupan dan takwim waktu sembahyang. Kita mulakan dengan merungkai masalah SEMULAJADI, satu perkataan yang lazim digunakan didalam istilah moden untuk alam ini. Apabila kajian ke atas alam itu tidak dapat lagi dirungkai maka mereka kata alam ini semulajadi, sebagai seorang yang bertauhid hanya Allah yang Semulajadi, selain Allah semuanya dijadikan atau diciptakan. Kita tidak boleh menyamakan Allah dengan sesuatu apatah lagi dengan ciptaanNya, sesungguhnya Maha Suci Allah dari segala persamaan.
Firman Allah yang bermaksudnya [L.K.B]:
“Tidak ada suatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat ’”. [Q.S.Asy-Syura:11]
Firman Allah lagi:
هُوَ الاوَّلُ وَالآخِرُ
Yang maksudnya[L.K.B]:
“Dialah yang Awal [tiada permulaan] dan yang Akhir [tidak berkesudahan]”.
[Q.S.Al-Hadied:3]
Posted by xuerytha 0 comments
Labels: Ilmu
Wednesday, February 25, 2009
Samudera Tauhid
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
PENGANTAR
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ والسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ مُحَمَّدٍ وَعَلَى سَائِرِ الأنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَآلِهِمْ وَصَحْبِهِمْ وَتَابِعِيْهِمْ اِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
Ertinya[L.K.B]
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.[seluruh] Sekelian puji pujian bagi Allah, Pencipta, Pengatur, Pemelihara seluruh alam. Penghargaan dan kesejahteraan semoga dilimpahkan Allah kepada Rasulullah Muhammad dan seluruh Para Nabi dan Rasul serta keluarga dan sahabat serta pengikut mereka sambung menyambung sampai kiamat. Tugas pokok para Nabi dan Rasul Allah ialah mengajarkan kepada umat manusia tentang Allah, untuk mengesakan Allah [tauhid] dan menolak sembahan tuhan-tuhan [taghut] selain Allah.
Firman Allah:
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِىْ كُلِّ اُمَّةٍ رَسُوْلاً اَنِ اعْبُدُوْا اللهَ وَاجْتَنِبُوْا الطَّاغُوْتَ
Ertinya [L.K.B]:
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan seorang Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan),sembahlah Allah (saja) dan jauhi taghut”. [Q.S.An Nahl:36]
Taghut adalah sembahan-sembahan selain Allah atau tuhan-tuhan selain Allah atau juga sesuatu yang manusia itu taat,kasih ,takut melebihi taat,kasih,takutnya kepada Allah S.W.T. Ini bermakna ia melahirkan suatu perasaan ada yang lebih hebat dari kekuasaan Allah.Firman Allah yang ertinya[L.K.B]:
“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah”. [Q.S. Al-Baqarah:165]
Tandingan syirik [andaad] ertinya:setaraf atau sedarjat. Bilamana manusia tidak dapat membezakan perkara atau urusan ketuhanan [tauhid] dengan lain-lain perkara atau urusan. Contohnya apabila seorang anak menjadi keliru manakah yang perlu diikuti, perintah Allah atau perintah ibunya kerana bagi anak itu keduanya sama penting. Anggapan sama penting itulah yang diertikan dengan tandingan [andaad]. Sesungguhnya menyamakan, menduakan atau ada yang lebih berkuasa, lebih penting selain Allah adalah tergolong di dalam perbuatan syirik iaitu perbuatan menyekutukan Allah dengan suatu.
* L.K.B adalah singkatan kepada frasa “Lebih kurang bermaksud”
Firman Allah:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالاِنْسَ اِلاَّ لِيَعْبُدُوْنِ
Ertinya [L.K.B]:
“Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk tunduk [patuh] kepadaKu”.
[Q.S. Adz-Dzariyat:56]
Di zaman serba moden yang penuh dengan pelbagai kemudahan, kadangkala urusan hidup ini menjadi begitu mudah sehingga dapat diselesaikan dihujung jari sahaja. Ada manusia yang mula leka dan keliru sehingga menganggap itu semua kehebatan ilmu pengetahuan atau kebijaksanaan manusia. Maka berlumba-lumbalah manusia menimba ilmu pengetahuan untuk bersaing dalam arena kecanggihan.
Sehingga pada zahirnya agak sukar sekali dibezakan antara orang Islam dan orang kafir. Pakaiannya, percakapannya, pelajarannya, perayaannya, majlisnya sehinggalah didikan didalam keluarganya berpedomankan buku-buku dari bijak pandai Barat. Bagi mereka itu semua penting untuk kemajuan dan keselesaan hidup. Keindahan hidup mula membayangi ummat Islam sehingga ada yang lalai dari arah tuju Islam yang sebenar.
Firman Allah yang bermaksud[L.K.B]:
“Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya dan rumah tempat tinggal yang kau sukai itu kamu lebih cintai daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad dijalan Allah, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. [Q.S. At.Taubah:24]
Bersabda Rasulullah SAW:
فِىْ الصَّحِيْحِ عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ : تَعِسَ عَبْدُ الدِّيْنَارِ تَعِسَ عَبْدُ الدِّرْهَمِ تَعِسَ عَبْدُ الْخَمِيْصَةِ تَعِسَ عَبْدُ الْجَمِيْلَةِ اِنْ اُعْطِىَ رَضِىَ وَاِنْ لَمْ يُعْطَى سَخِطَ تَعِسَ وَانْتَكَسَ وَاِذَا شِيْكَ فَلا انْتَقَشَ
Dari Abi Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Binasalah hamba dinar, binasalah hamba dirham, binasalah hamba pakaian kebesaran dan binasalah hamba pakaian berjumbai, kalau diberi dia ridha dan kalau tidak diberi dia marah, binasalah dia dan tersungkurlah, dan kalau dia kena duri semoga tidak dapat dicabut.” [Riwayat Shahih Bukhari]
Manusia yang melalaikan Islam didalam kehidupan didunia ini dengan pelbagai alasan, adalah dicela oleh Allah dan Rasulullah. Mereka sanggup mencampakkan diri ke lembah kebinasaan kerana kehidupan yang sementara.
Islam tidak melarang ummatnya mencari keduniaan tetapi hendaklah diutamakan akhirat, kerana dunia ini hanyalah satu persinggahan untuk perjalanan seterusnya yang menjadi penentu diri kita iaitu akhirat. Laksanakanlah kehidupan kerana Allah dan
mencari keredhaanNya, bukan untuk kepuasan diri atau kemegahan serta kedudukan darjat dan pangkat. Pedoman kita bukan fahaman barat tetapi Islam.
Sabda Nabi SAW:
عَنْ اَبِيْ سَعِيْدٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ رَسُوْلَ الله قَالَ : لَتَتَّبِعَنَّ سُنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَذْوَ الْقُذَّةِ بِالْقَذَّةِ حَتَّى لَوْ دَخَلُوْا حُجْرَ ضَبٍّ لَدَخَلْتُمُوْهُ. قَالُوْا : يَا رَسُوْلَ الله ، اليَهُوْدُ والنَّصَارَى ؟ قَالَ : فَمَنْ ؟
Hadith dari Abi Said mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya kamu akan mengikut jejak orang-orang sebelum kamu setapak demi setapak, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu pun akan memasukinya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, Yahudi dan Nasranikah?”, beliau menjawab, “siapa lagi”. [Hadith dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim].
Fahaman Yahudi dan Nasrani diadun dengan madu dan racun, nampak bertamadun sebenarnya penuh kejahilan dan keangkuhan.
Firman Allah yang bermaksud[L.K.B]:
“Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari Al-Kitab? Mereka percaya kepada yang disembah selain Allah dan taghut, dan mengatakan kepada orang kafir [musyrikin Mekah], bahawa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang mukmin.”
[Q.S. An-Nisa: 51]
Tidak ada jalan lain untuk kembali ke jalan yang benar kecuali membetulkan fahaman kita terhadap Islam. Jika kita kembali kepada keduniaan untuk mencari kebenaran, dunia ini sebenarnya adalah pentas cabaran dan ujian. Dan akhirnya kita akan meninggalkan alam ini, maka sia-sialah jika itu perjuangan kita. Ubaadah bin As-Saamit memberitahu bahawa Nabi Muhammad bersabda:
مَا عَلَى الأرْضِ مِنْ نَفْسٍ تَمُوْتُ وَلَهَا عِنْدَ اللهِ خَيْرٌ تُحِبُّ اَنْ تَرْجِعَ اِلَيْكُمْ وَلَهَا نَعِيْمُ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا
Ertinya:
“Tiadalah seseorang di bumi yang meninggal dunia, dimana disisi Allah dia telah memperoleh kebaikan, suka untuk kembali [semula] kepada kalangan kamu [di dunia], sekalipun dia telah mempunyai nikmat-nikmat dunia dan segala isinya.”
[Hadith di riwayat oleh An-Nasaai]
Untuk mendapatkan Islam yang sebenar hendaklah kita mempelajari Islam menurut Al-Quran dan hadith [As-Sunnah], bukan mencipta atau membuat sukatan pelajaran baru. Ada bijak pandai yang menganggap bahawa Islam yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW itu telah ketinggalan zaman dan hanya sesuai untuk orang-orang Arab masa itu sahaja. Islam, bagi mereka perlu disesuaikan dengan cara hidup orang-orang Melayu yang beradat dan suasana politiknya. Sehingga terjadilah Islam yang boleh di panggil ‘Islam Rojak’, kerana Islam telah dicampur-adukkan dengan adat sehingga ada yang tidak dapat membezakan lagi yang mana Islam dan yang mana adat.
Firman Allah:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلا مُؤْمِنَةٍ اِذَا قَضَى اللهُ وَرَسُوْلُهُ اَمْرًا اَنْ يَكُوْنَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ اَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالاً مُبِيْنًا
Ertinya [L.K.B.]:
“Tidak sepatutnya bagi lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman apabila Allah dan RasulNya memutuskan suatu urusan, mereka memilih urusan mereka sendiri. Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka ia telah sesat [dalam] kesesatan yang nyata.” [Al-Ahzab, 33:36]
Para ulama haruslah bebas dari di belenggu dan ikatan di dalam menegakkan Pegangan Al-Quran dan As-Sunnah. Dari Ziyad bin Hadir menceritakan:
هَلْ تَعْرِفُ مَا يَهْدِمُ الاِسْلامَ. قُلْتُ : لا. قَالَ : يَهْدِمُهُ زَالَةُ الْعَالِمِ وَجِدَالُ الْمُنَافِقِ بِالْكِتَابِ وَحُكْمُ الأئِمَّةِ الْمُضِلِّيْنَ
Ertinya:
“Umar r.a berkata kepadaku, tahukah kamu apa yang menghancurkan Islam? Aku menjawab, “tidak”. Umar berkata: “Yang menghancurkan Islam ialah tergelincirnya ulama[sarjana], debat orang-orang munafik dengan mempergunakan Al-Kitab[Al-Quran] dan hukumnya pemuka [pemerintah] yang menyesatkan.” [Hadith diriwayat oleh Darimi]
Ulama tidak boleh keliru didalam menyampaikan risalah Islam, mereka hendaklah dapat membezakan antara falsafah Barat dan syariat’ Islam. Agama ini tidak boleh ditokok tambah kerana ia adalah syariat’, hanya Allah sahaja yang berhak keatas syariat’Nya.
Firman Allah:
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى * اِنْ هُوَ اِلاَّ وَحْىٌ يُوْحَى
Yang maksudnya[L.K.B]:
“Dan tiadalah yang diucap itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapan itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan”. [An.Najm, 53:3-4]
Islam adalah agama yang bermula dengan tauhid , iaitu mengEsakan Allah dan menolak segala macam sembahan [taghut]. Apabila tauhid itu rosak maka rosaklah segala kepercayaan dan amalannya lalu jatuhlah kedalam kemusyrikan. Tidak berguna lagi ibadahnya, usaha kebaikannya, cita-cita murninya, kerana Allah tidak meredhainya malah mengancam orang-orang musyrik.
Firman Allah yang maksudnya [L.K.B]:
“Tidaklah Nabi dan orang-orang mukmin meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang musyrik itu termasuk keluarga yang terdekat, setelah nyata bahawa mereka termasuk ahli neraka”. [At-Taubah:113]
Marilah kita bersama-sama mencari keredhaan Allah dengan rasa tunduk kepadaNya, sejajar dengan tujuan kita diciptakan. Setinggi mana ilmu didada, setebal mana ijazah dan tauliah, semoden mana kita, yang nyata kita adalah manusia. Dengan izinNya kita hidup, dengan izinNya kita berjaya dan dengan izinNya kita kembali.
Firman Allah yang ertinya [L.K.B]:
“Siapakah yang lebih sesat dari orang yang mengikut hawa nafsunya tanpa petunjuk dari Allah”. [Al-Qasas, 28:50]
Posted by xuerytha 0 comments
Labels: Ilmu


